Fakta Tentang Hijrah Nabi Yang Perlu Diperbetulkan – Dr. Asri
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya dari Kuala Lumpur. Saya nak bertanya sedikit mengenai satu ceramah yang saya dengar daripada ustaz di tempat saya. Ustaz itu mengatakan bahawa dalam hadis Bukhari, hijrah berlaku pada waktu siang. Namun, yang kita belajar di sekolah rendah dan menengah, hijrah itu terkenal berlaku pada waktu malam. Ini memang masyhur dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, saya nak musykillah mengenai perkara ini. Sepanjang kajian ustaz, adakah ustaz terjumpa tentang prosesan ini? Ustaz itu sendiri mendakwa bahawa kita punya sirah, seperti yang ditulis oleh Ibnu Ishak, dan mendakwa dia adalah ulama Syiah. Sejauh mana kebenaran tentang karyawan ini? Allahuakbar.
Bagi soalan yang berkaitan dengan hijrah Nabi, sebagai seorang Islam, kita kena lihat Imam Bukhari dalam hal riwayat yang datang daripada Ibnu Ishak. Bukhari ini, kalau dia ambil riwayat daripada Ibnu Ishak, dia akan ambil dalam kes marazi sahaja, dalam hal peperangan. Hijrah dan semua itu, dia tidak ambil. Sirah-sirah pun dia tidak ambil, tetapi dalam marazi, hal-hal yang berkaitan dengan peperangan, Ibnu Ishak adalah sahibul marazi. Dia memang imam yang hebat dalam hal-hal peperangan, dan riwayat yang dia bawa kita boleh pakai.
Bukhari hanya terima yang itu sahaja. Dalam bab hukum hakam sirah Nabi, hijrah waktu bila, Bukhari tidak pakai cerita Ibnu Ishak sebab dia dituduh sebagai Syiah. Dalam hal-hal yang berkaitan dengan marazi, Bukhari terima. Untuk hijrah, Bukhari tidak terima dan dia buat sendiri. Dalam satu tajuk, Bukhari menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW berpindah pada waktu tengah hari. Dia membawa cerita tentang Abu Bakar. Ketika Nabi datang ke rumah Abu Bakar, Abu Bakar berkata, “Eh, kalau dalam hal macam ni, waktu ini adalah waktu makan, mana boleh ganggu?” Biasanya, Nabi tidak datang waktu-waktu makan.
Namun, Nabi datang menunjukkan kepentingan perkara itu. Nabi pun memberitahu bahawa kita kena pindah, jadi pindah pada waktu itu juga. Dia tidak tunggu sampai malam. Kisah bahawa Nabi pindah pada malam itu adalah kisah yang tidak sahih. Kita kena ingat, kalau tidak sahih, ulama tidak akan menganggapnya sebagai sahih. Bukhari dalam sahihnya tidak akan mengambil kisah yang tidak sahih. Dia akan meneliti, apakah ulama berselisih pendapat atau tidak dalam bab tersebut. Jika ada khilaf, jika ada yang mengatakan ini sahih dan ada yang mengatakan daif atau matruk, Bukhari tidak akan pakai riwayat tersebut.
Jadi, dalam kisah tersebut, Bukhari menyatakan bahawa hijrah yang sahihnya berlaku pada waktu siang. Betullah apa yang anda dengar itu. Kisah yang mengatakan ia berlaku pada malam mungkin datang daripada riwayat Ibnu Ishak, di mana ada ulama yang mengatakan bahawa dia ini sebagai seorang yang mengubah akidah dan dituduh sebagai Syiah.
Wallahu a’lam. Itu saja.