Jaga Agama Jaga Dunia
Kehidupan yang menarik itu ialah apabila dicontohkan dengan benda tu; awak pusing, wondering, teruk merayaulah dalam dunia ini tanpa menumpahkan minyak tadi. Pergilah ke mana-mana, tuan-tuan, tapi tanpa menumpahkan prinsip-prinsip agama. Janganlah kerana duk tengok prinsip itu sampai tak reti nak tengok dunia. Prinsip itu dipastikan tidak tumbuh. Orang yang pandai, bijak, orang yang dapat menjaga agama, dalam masa yang sama dapat menikmati perjalanan dan manfaat daripada perjalanan dunia ini.
Kempen baca bukulah. Tak perlu baca buku tu saja, baca buku lain, banyak lagi. Tapi hakimis pun kotor. Jadi asalnya dalam bahasa Sepanyol, ada terimalah dalam bahasa Inggeris. Tuan-tuan baca yang bagus. Tahu tak apalah, bukan mesti ni pun macam kau bebek pun macam hadis. Itulah, berjalanlah dalam dunia ini di samping pegang prinsip. Tengoklah dunia, tengok novel, tengok macam-macam, tapi jangan menampakkan prinsip-prinsip yang kita pegang dalam hidup.
Kejahatan Dunia dan Pembalasan Akhirat
Akhirat ini adalah kekuatan dalam hidup manusia. Kalau tidak ada hari akhirat, hidup ini akan menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan. Tuan-tuan, cuba tengok orang yang kadang-kadang jahat tetapi kaya. Apa saja yang mereka ada, semuanya hebat. Kita pergi hotel-hotel yang mewah, hebat mereka ini makan. Kita pergi atas urusan, sekali hadap makan RM beribu-ribu. Tengok mereka sembahyang pun tidak, kafir lagi. Ada orang yang zalimkan orang lain tapi hidup kaya raya. Ada orang yang kena zalim hidup dalam keadaan miskin dan susah. Ada orang tutup aurat, sembahyang, tapi dia miskin dan fakir. Ada orang dedah aurat sana sini, kemudian dia kaya.
Kalaulah tidak ada hari akhirat, hidup sesuatu yang sangat mengecewakan. Tetapi apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifatkan dunia ini tidak ada nilainya nak dibandingkan dengan hari akhirat, maka datanglah kembali perasaan bahagia kita. Tak apalah dunia, hangpa ambillah. Bukan kita suruh kita buang dunia ini, tidak. Tapi ertinya kita bertarung mempertahankan dunia demi untuk memperjuangkan agama. Tetapi kalau sekiranya kita tak dapat melainkan dengan kadar yang Tuhan kurniakan pada kita, kita ada lagi hari akhirat.