Tak Salah Ambil Duit Mengajar Agama
Pertama, kita perlu kembali kepada apa yang diajar dalam agama. Agama itu apa? Agama adalah sesuatu yang Allah bekalkan kepada manusia sebagai jalan hidup mereka. Jalan hidup ini bukan sahaja bermakna duduk di dalam bilik sahaja, manusia mesti bersosial. Sebab itu, solat di rumah pun sah, tetapi Allah suruh kita solat berjemaah kerana Allah menyuruh kita bergaul.
Agama menyuruh kita berjemaah kerana ia memupuk hubungan sosial. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam hidupnya bukan dalam kalangan golongan kecil sahaja, duduk di satu tempat tanpa bergaul dengan orang lain. Kadang-kadang, saya minta maaf, saya rasa kurang munasabah apabila ada orang agama yang cuba menggambarkan Nabi itu hanya berjubah, berselendang, berserban, seolah-olah Nabi tiada kerja lain selain menjadi penceramah atau selebriti. Nabi bukan begitu. Nabi kadangkala memakai baju Yaman, kadangkala memakai jubah Rom, kadangkala memakai baju perang, kadangkala naik unta, dan kadangkala turun ke medan. Inilah realiti kehidupan.
Apabila kita cuba menggambarkan Nabi itu hanya dari satu sudut, ramai orang akan menganggap Nabi seperti seorang Shaolin yang hanya duduk di perkampungan tanpa keluar berinteraksi. Ini adalah tanggapan yang salah. Saya rasa kita perlu betulkan persepsi ini. Ahli agama, sama ada dia terlibat dalam perniagaan atau tidak, mesti hidup dalam masyarakat. Jika dia mengajar ajaran yang menyuruh masyarakat bermuamalah dengan cara yang betul, dia mesti melalui pengalaman tersebut untuk benar-benar memahaminya.
Lebih Utama Kumpul Duit Untuk Kahwin Atau Buat Umrah?
Ha ha, nikah dululah. Kalau dah ada kemampuan, tata amingkumulba faletazawaj kata Nabi, siapa yang mampu nikah dululah. Kalau dia ada keperluan, nikahlah kan? Maksudnya, melainkan dia tak mampu menikah, itu cerita lainlah. Kalau dia mampu kahwin, maka hendaklah dia kahwin.
Sebab itu, sebahagian kitab Fiqah walaupun tak lah tepat, dia suruh orang menikah tu dia jadi imam. Dia kata takut nanti duk sembahyang, duk teringat benda lain. Ha, sampai dia andaikan begitu.
Bagaimana nak Lepaskan Duit Haram
Pertama, jangan main judi dulu. Ha ha ha. Tetapi kalau perkara tu telah ada, seperti aa interest bank dan seumpamanya, aa salurkan kepada mereka yang tidak ada kepentingan dengan kita. Boleh bagi kepada orang, nak buat jalan ke budak miskin. Ke bagi bukan harta kita, bukan hak. Beza pendapat dahulu, ada pendapat kata buang terus duit tu. Tak! Sekarang kata aa duit tu boleh untuk buat tandas je. Tak! You bagi duit tu bukan kepentingan you.
Misalnya, orang yang dia simpan dalam bank tertentu dan ada dia bagi interest yang tinggi. Misalnya, dia ada sampai 3,000, 4,000 sampai 10,000. Dia tanya kita bagi. Kalau bagi ke kita untuk urusan kebajikan umum, boleh juga. Termasuk boleh aa tidak pernah dikatakan disyaratkan makan. Yang penting mesti tak diberi benda yang ada kaitan dengan kepentingannya, seperti dia buat jalan untuk ke rumah sewa. Dia ha, tu tak payah. Ha itu, dia ada kepentingan dia ha, kerana dia nakal sikit ni setengah orang ni.
Hukum Ambil Duit dari Sumbangan
Ataupun saya letih, kalau kita tak mampu kita habaq saya tak boleh kumpul benda ni kerana saya nanti call saya, ha dia kata kalau macam tu tak apa ambil separuh. Tak apalah, tanpa kita bagi tahu kat dia, kita terus ambil. Itu kita menyanggahi amanah yang dia bagikan, dia berikan amanah.