Dosa
Dosa besar ini, kalau nak disenaraikan, disebut al-Kabair yang mana ada ancaman sehingga setengah para ulama memasukkan menyentuh wanita yang bukan mahram, berpelukan dengan wanita selagi tidak kepada zina. Sebahagian besar mereka menyatakan berdosa tetapi bukan dosa besar kerana dosa besar itu ialah zina. Dosa besar, kesimpulannya simple: dosa besar ialah dosa yang ada ancaman daripada al-Quran ataupun ancaman daripada sunnah dengan azab yang hebat.
Dosa besar bila tidak ada ancaman dan ada larangan, orang lakukan, dia berdosa tapi dia panggil sarair, dosa kecil. Para anbiya tentulah ada dosa tapi berterusan dalam dosa kecil membawa kepada dosa besar. Merokok, dosa kecil rasa besar. Ha, kau tak berdosa, kawan yang ada rokok tekan rokok masuk. Minum arak, dosa besar. Rokok, oleh kerana ada wajah khilaf tu, wallahu Ta’ala a’lamlah, barangkali dosa-dosa kecil kot. Tak tahu, Allahlah. Tapi yang pentingnya ini dosa cakap bohong, tapi bohong tu bukan bohong yang menjejaskan kepentingan, bohong biasa. Dia tahu, alah ni senang, duit banyak, bohong cakap bohong tapi tak menjejaskan orang lain, bohong dia dosa kecil.
Dosa kecil dan berbagai-bagai.
Allah Mengampun Semua Dosa
Dikatakan dalam sejarah, sebelum dia nak meninggal, dia sakit. Dia ni hafal al-Quran tuan-tuan. Baca al-Quran ada baris, salah satu sumbangan dia. Hajjat gangster, kalau dia hafal al-Quran, dia ambil berat bab-bab al-Quran ni, dia baru baris. Zaman tu, dia tahu orang Ajam tak leh nak baca tak dak apa. Dikatakan Hajjat ini jenayah dia banyak, pada akhir hayat dia, dia sakit. Orang pun marah juga tak kisah kira dia. Dia kata, “Wahai Tuhan,” ini dalam ahli ilmu Madinah sebut, “Wahai Tuhan, semua manusia menyatakan Engkau tidak akan mengampunkan aku, namun aku tahu Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun.”
Dikatakan dia kata, ada orang dengar ke apa, orang sampaikan benda ni kepada Hassan al-Basri katanya. Sebahagian para ulama apabila dengar kata dia, kata yang lain depa tak komen panjanglah sebab rekod dia tu buruk. Depa kata, “Barangkali ah Tuhan ni pengampun. Kita pun tak berani kata untuk nak kata Tuhan tak mahu ampun dia. Jangan-jangan tuan-tuan, Allah Taala pengampun.” Sebab tu peranan kita, jumpa kadang-kadang mak, tambah ibu bapa, mesti memberikan ruang kepada anak-anak merasai pintu untuk balik kepada Allah Taala ni. Pintu yang ada sentiasa terbuka.
Dosa Ke Kalau Di Rasuk Jin
Baik, bagaimana pula maknanya kalau orang itu kena rasuk jin dan dia buat benda-benda yang haram? Maka, jawab setengah ulama, dia tidak berdosa kerana hilang akal, seperti orang gila. Orang gila tak kira masa gila, bukan dia yang sengaja buat. Kalau dia sengaja buat jadi gila maka dia berdosa. Dia belajar satu ilmu yang orang larang, dan dia nak mengaji juga ilmu tu, akhirnya jadi gila. Maka dalam gila itu dikira berdosa juga. Tapi yang ini bukan sihir. Kalau jin ni biasanya dikhianat. Itu benda-benda yang dipuja oleh iblis dan sebagainya.
Kalau balik siang ini panggil anak kerak, anak kerak ini maknanya budak yang mati beranak. Dia cari apa semua orang tanam, bayi itu dia layur sampai kering, dia jemur, dia layur, dia puja. Anak kerak itu dijadikan alat untuk mengenakan orang. Mereka beli dari tok char dan dipuja oleh mereka yang niat jahat. Maknanya tok char itu puja untuk mengenakan orang, bukan untuk benda-benda molek. Jadi bila kena rasuk jin, dia bercakap mengarut semua, tak berdosa kerana dia hilang akal, bukan dia sengaja. Dia dikhianati oleh orang. Bila pergi berubat, orang pun sembahyang hajat semua, terkena buatan orang. Tapi ingat, yang berkuasa penuh adalah Allah Subhanahu wa Taala.
Dosa Pemimpin Yg Membuat Mungkar
Bila pemimpin pemerintah melakukan maksiat kezaliman, kita tidak bertanggungjawab. Kita tidak berkongsi dosa dia, melainkan kita tahu dia tu memang melakukan kemungkaran, kita lantik juga. Maka begitu, maka pada ketika itu kita berkongsi saham sama segala maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.
Yang tak berdosa ini pemerintah yang kita tahu dia memang benci kepada judi, benci kepada arak, benci kepada kezaliman, cukup adil kepada rakyat. Kita pun pimpin lantik dia sebagai pemimpin, kita beri undi kepada dia. Bila dia berkuasa dia melakukan kezaliman dan derhaka maksiat, kita tidak berkongsi dosa. Sekarang jelas, memang jelas pemimpin yang suka kepada maksiat, suka ke joget, suka ke rapuan, paling besar raba rapuan, tak puas raba, peluk pinggang pula.
Tujuh Dosa Besar, Pertama Syirik
Cuma kita kadangkala gagal untuk membezakan dosa ini sehingga kita menganggap bahawasanya si yang mensyirikkan Allah itu lebih ringan kesalahannya daripada orang yang membuat perkara-perkara yang syirik. Itu besar dalam agenda kita, maka kita mesti hapuskan semua amalan syirik ini. Sebab tu kita tentang tangkal-mangkal, kepercayaan bomoh tak bomoh, khurafat, karut marut, perkara-perkara yang seperti ini.
Aa, ini ada pula nak buat apa, nak pergi kubur tok wali tu, kubur tok wali ni. Sekarang ni mula timbullah gunung kubur di Singapura tu. Kononnya ramai sungguh orang datang dan kita mesti makmurkan dia. Dah ada kempen di Malaysia ni, aa banyak dah hajat yang tertunai di sana. Tambah kubur apa, syeikh manakah, Said manakah, nanti aa lagilah lebih datang. Kita kata manusia hanya memohon kepada Allah Subhanahuwataala.
Em, kalau betul nak buat operasi tangkap orang belakang pintu, lebih baik pi tangkap orang melakukan syirik di tempat-tempat amalan-amalan yang seperti tu. Pi kat Pulau Besar Melaka tu, tutup dia. Ha, itu syirik kepada Allah Subhanahuwataala. Ha, Habib Nuh Singapura, Habib Nuh, ya. Ramai terpaksa buat kutipan sedekah untuk memakmurkan makam Habib ni. Ya, saya baru balik baru ni.
Zikir Yang Hapuskan Dosa Sebanyak Buih Di Lautan
Jadi, zikir akan menyebabkan dosa-dosa itu gugur. Tapi dosa-dosa tu dosa-dosa kecillah. Eh, tadi sebut dosa, tapi kenapa ustaz kata dosa kecil? Sebab hadis kena dibaca dengan hadis lain. Dia tak boleh dibaca berasingan. Dalam hadis yang lain, Nabi kata, “Mukaffiratul ma baina al-jumu’ataini ma lam tuqtaraf al-kabair,” yang bermaksud, “Solat Jumaat ke solat Jumaat, solat antara solat, Ramadan ke Ramadan, boleh mengampunkan dosa yang berlaku di antara keduanya jika dia meninggalkan dosa besar.”