Hukum Bertahlil Ketika Dodoikan Anak
Bini bertahlil dengan niat nak dodol anak, bolehkah dapat pahala?
Tapi sambil-sambil nak semai pada anak sama, apa maksud tahlil? Tahlil maksudnya apa? *Lailahaillallah, lailahaillallah,* dia goyang buaian anak tu. Noi, noi, dapat pahala? Dapat pahala. Mudah-mudahan anak mendengar *Lailahaillallah.* Orang yang nak mati pun disuruh *lalinu mautakum bin lailahaillallah.* Dalam riwayat Ibn Hibban, disebutkan bahawa kamu talqinkan orang yang hampir mati dengan *Lailahaillallah.* Tambahlah lagi dengan mengingatkan orang hidup dengan *Lailahaillallah,* anak-anak yang kecil mudah-mudahan mereka memperoleh pahala, dan ibunya juga memperoleh pahala dalam hal itu.
Tuan-tuan, ada sebahagian orang yang saya nak perbetul sikit. Bila dia ingat tentang sunnah, dia fikir kita ni tak ada lagi nasyid-nasyid, tak ada lagi baca selawat, atau tak ada lagi perkara-perkara macam itu. Itu tak benar. Pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat radhiallahu anhum, mereka bernasyid di kalangan mereka ketika dalam perjalanan. Mereka tarik unta, itu kena *hadi hadi hadi arwah,* mereka tarik unta sambil bernasyid.