Mimpi Tidak Boleh Dijadikan Hujjah
Dan mimpi bukan satu hujah syarak. Kalau seorang bermimpi berjumpa dengan Rasulullah dan Rasulullah kata disunatkan untuk berpuasa pada hari Rabu, tidak menjadi sunat kerana “aliyaum akmaltu lakum dinakum”.
Kalau semua orang datang mendakwa mereka jumpa mimpi berjumpa Rasul kemudian Rasul syariatkan mereka satu perkara, maka syariat akan hilang ketulenannya. Semua agama mimpi, agama mimpi ini agama hindulah semua, dibina atas mimpi. Mimpi diiktiraf untuk perkara-perkara yang bersifat peribadi.
Kita mimpi jumpa Rasul memang syaitan tidak boleh menyerupai Rasul, tetapi syaitan boleh menyerupai orang lain dan kita tidak kenal Rasul lalu kita menyangka itu Rasul. Nabi kata, “fa inna syaitan la yatamathalu bi” (syaitan tidak menyerupai aku), betul, tetapi syaitan menyerupai orang lain. Kita sangka dia Rasul.