Mungkinkah Dr. Maza Juga Akan Dianggap Menderhaka?

Mungkinkah Dr. Maza Juga Akan Dianggap  Menderhaka?

Pada tahun 1915, ketika British mengerahkan tentera daripada negeri jajahannya di India dan Tanah Melayu untuk dihantar ke Palestin, ustaz Nur Alam di Indonesia berada di Singapura. Beliau mengingatkan kepada tentera-tentera yang terdiri daripada orang Islam yang bekerja dengan British, bahawa mereka semua tidak boleh pergi ke Palestin untuk berperang. Ini kerana perang tersebut adalah untuk merampas Palestin dan menyerahkannya kepada orang-orang British. Palestin adalah bumi Islam.

Akibat nasihat ustaz tersebut, hampir 1,000 orang di kalangan tentera yang beragama Islam, termasuk orang Melayu yang ketika itu berada di Singapura, enggan menyertai British. Mereka memberontak dalam peristiwa Dahari 1915. Akhirnya, British meminta bantuan tentera Sultan Johor untuk membunuh orang-orang Islam yang enggan menyertai tentera British dan berperang untuk merampas Palestin.

Sultan Melayu ketika itu tidak pernah merasa tanggungjawab terhadap bumi Islam. Oleh kerana British yang meminta bantuan dan menawarkan habuan yang pelbagai, mereka mengikuti arahan tersebut. Sehingga hari ini, kita sebagai orang Islam tidak pernah mengambil berat tentang bumi umat Islam. Hal ini menyebabkan ramai yang tidak takut untuk merampas bumi orang Islam di mana-mana sahaja.

Dalam konteks ini, Arab telah bersidang ribuan kali, menghabiskan puluhan juta wang untuk membayar sewa hotel bagi mesyuarat mereka. Namun, hasilnya tidak mencerminkan keprihatinan sebenar terhadap nasib umat Islam di seluruh dunia.

Adakah Umrah Berkali-Kali Sepanjang Di Mekah Dianggap Bid’ah

Adakah Umrah Berkali-Kali Sepanjang Di Mekah Dianggap Bid’ah

Ini adalah satu isu yang diperselisihkan (khilaf). Namun, jika kita kembali kepada amalan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, baginda hanya melakukan umrah sebanyak empat kali sepanjang hayatnya, dan dalam satu perjalanan, baginda tidak pernah mengulangi umrah.

Sahabat-sahabat yang datang untuk umrah juga tidak mengulangi umrah dalam satu perjalanan. Sebaliknya, mereka cukup dengan satu umrah dan kemudian membanyakkan ibadah seperti tawaf, membaca al-Quran, beriktikaf di masjid, dan berdoa.

Namun begitu, kini kita lihat orang datang dan mengulang-ulang umrah, sehingga ada yang melakukannya sampai tujuh kali dalam sehari. Akhirnya, kita dapat melihat mereka telah menyimpang daripada sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka tidak menumpukan pada ibadat yang lain, hanya menjadi letih, dan doa serta khusyuk mereka pun tidak terjaga. Akhirnya, mereka tidak merasai apa-apa kecuali berlumba-lumba. Kadang-kadang, mereka saling bertanya, “Berapa kali dah hang buat?” Ada yang menjawab, “Aku dah tiga kali, dua kali, empat dah, sat lagi tengok malam ni lagi tiga kali.” Ini semua adalah amalan yang bukan daripada sunnah.

Bid’ah Dianggap Sunnah

Bid’ah Dianggap Sunnah

Abdullah Ibnu … mengingatkan kita tentang hal ini, bahawa fitnah akan berlaku dalam hidup manusia sehingga manusia tidak dapat lagi membedakan antara yang sunah dengan yang tidak. Yang sunah akan dianggap bidaah, dan bidaah dianggap sunah dalam kehidupan manusia. Baik dianggap buruk, dan demikian sebaliknya.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak