Datangi Isteri Kamu Seperti Ladang Kamu
Disandarkan kepada kaum dan juga kepada Imam Syafi’i, bahkan Al-Khadi Abu Bakar Ibnul Arabi dalam kitabnya “Al-Quran al-Quran” menyebut ketika menafsirkan firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 223, “Wanita-wanita kamu adalah ladang-ladang kamu, maka datangilah ladang-ladang kamu di mana saja dan bagaimana saja yang kamu mahu.”
Saya sebutkan fakta ini ada di kalangan fuqahak yang menyatakan tidak salah mendatangi walaupun pada dubur isteri, dengan alasan ayat ini. Sedangkan hadis melaknatnya, kita katakan kemungkinan pada masa mereka keluarkan fatwa, mereka tidak sampai kepada hadis ini dengan jelas sehingga salah satu kaum itu disandarkan kepada Imam Syafi’i rahimahullahu Taala. Ini perlu didengar betul-betul, kita perlu rujuk sebelum menuduh seperti ini kepada al Imam Syafi’i rahimahullahu Taala sebagai salah satu daripada kaum kadim.