Malu Sebahagian Daripada Iman: Dato’ Dr. Maza

Malu Sebahagian Daripada Iman: Dato’ Dr.  Maza

Tapi kebetulan, ia adalah malam 27. Kita tahu bahawasanya malam 27 ini telah dipilih oleh sebahagian kalangan para ulama untuk ditargetkan sebagai malam Lailatul Qadar. Antara mereka adalah Ibnu Abbas radhiallahuan. Umar Ibnu Abbas juga membuat satu takwilan dengan menyatakan bahawa, seperti yang disebut oleh sebahagian mufasirin, Allah Subhanahuwataala telah menyebut Lailatul Qadar sebanyak tiga kali dalam Surah Al-Qadar: “Inna Anzalnahu fi Lailatul Qadar” dan “Wa ma adraka ma Lailatul Qadar”.

Dengan pengulangan ini, ada yang menganggap bahawa kerana Lailatul Qadar dieja dengan sembilan huruf dan disebut tiga kali, maka ia berkait dengan malam ke-27. Berdasarkan takwilan tersebut, ia boleh diinterpretasikan sebagai satu isyarat. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam tafsir yang dipanggil tafsir isyari, yang membabitkan golongan Sufi. Mereka menganggap ini sebagai isyarat bahawasanya Lailatul Qadar itu jatuh pada malam yang ke-27.

Walau bagaimanapun, daripada hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, kita dapat simpulkan bahawa yang penting adalah mencari Lailatul Qadar dalam sepuluh malam terakhir. Tidak ada sebarang dakwaan kononnya malam 27 adalah malam Lailatul Qadar. Alhamdulillah, sekarang ini, sudah tidak ada lagi amalan seperti menyalakan pelita pada malam tersebut. Dulu, orang berbuat demikian, tetapi kini pelita pun basah kerana hujan dan orang tidak lagi melakukannya.

Khurafat-khurafat tersebut semakin berkurang, dan tidak lagi ada cerita-cerita yang tidak berasas. Lailatul Qadar ini bukanlah malam untuk pergi mencari Santa Claus atau berjumpa dengan sesiapa. Ibadah pada malam tersebut memberikan pahala yang setara dengan seribu bulan, asalkan kita melakukannya dengan ikhlas dan tulus.

Ada yang berpendapat bahawa untuk mendapatkan pahala tersebut, perlu ada tanda-tanda tertentu, seperti air yang membeku. Namun, itu semua adalah kepercayaan yang tidak berasas. Jika Allah takdirkan malam ini adalah malam Lailatul Qadar, kita yang beribadah pada malam ini akan meraih kurniaan-Nya yang besar.

Lailatul Qadar bukanlah suatu malam yang terhad kepada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi kehadirannya adalah untuk kita cari dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Marilah kita berdoa agar kita diberikan kesempatan untuk meraih pahala dan keberkatan pada malam yang mulia ini. Alhamdulillah.

Mudah Mudahan Allah Tidak Haramkan Kita Daripada Syurganya

Mudah Mudahan Allah Tidak Haramkan Kita Daripada Syurganya

Ali Safi berkata: “Tidakkah pada hari sekian-sekian dahulu kau pernah teringin sekian-sekian?” Dia pun lupa, tetapi Allah mengingatkannya lagi. Hamba itu berkata: “Wahai Tuhan, hari ini aku sudah cukup.” Allah berkata: “Aku akan memberikan nikmat yang paling besar, iaitu melihat wajah Allah Azzawajal.”

Nikmat terbesar ahli syurga adalah dapat melihat wajah Allah, kerana orang yang masuk syurga ialah orang yang merindui Allah. Kita sering berdoa kepada Allah, memohon ihdina siratul Mustaqim, menangis di hadapan-Nya, terutama di depan Kaabah, memanggil nama-Nya, meskipun kita tidak pernah melihat-Nya. Di syurga, setelah semua nikmat diberikan, kita diberi peluang untuk melihat wajah-Nya yang mulia. Mazhab Muktazilah menafikan ini kerana mereka berpendapat mustahil mata manusia boleh melihat Tuhan, tetapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Nabi sebut dalam hadis yang sahih bahawa ahli syurga dapat melihat Allah Azzawajal. Ini adalah nikmat yang terbesar. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita ahli syurga dan tidak mengharamkan kita dari masuk syurga. Mudah-mudahan Dia mengampunkan dosa-dosa kita.

Beza antara Alim dengan Kuat Bertapa

Beza antara Alim dengan Kuat Bertapa

Kawan ni bila dia tanya, ada dak orang alim, depa tak tahu beza antara alim dengan orang kaki kuat duk bertapa. Dia tunjuk kaki kuat bertapa. Saya buat satu contoh, selalu saya buat dulu pada tuan-tuan. Orang kalau kuat ibadat ni, dia lain. Dia kuat ibadat tapi dia tak faham agama. Dia penendang, dia fatwa agama, dia lajak, dia fatwa agama, dia lajak. Kadang-kadang benda yang boleh dia kata tak boleh, benda yang Nabi tak buat dia pi andai-andai. Dia jadi nak lebih.

Sebab tu saya cerita barang dia, tuan-tuan. Ni, satu orang dia mai rumah kita, kita hidang makan dan dia mai pun dekat time makan. Dia mana masuk, mai kita dah dekat makan, kita bagi dia makan. Elok kita buka bagi dia nak makan. Orang bank dia kata, assalamualaikum, dia maghrib sembahyang. Kita makan dulu, dia datang, kita naik sembahyang. Allahuakbar, Allah lebih besar. Secara teorinya macam tu lah, hang nampak memanglah kalau sembahyangnya dan makan, kita pi sembahyang tinggal makan, macam membesarkan solatlah.

Tetapi secara hadis Nabi, dia tak macam tu. Izraquddin malam isyak buat ukim atau solat fabda ubil isyak. Nabi kata, apabila dihidangkan makanan dan kemudian didirikan solat, mulakan dengan makan supaya kita tak pi solat dalam keadaan kacau otak kita dengan kadar yang patut. Dan kemudian, satu orang pergi solat. Jadi, dia hanya belajar semangat, dia tidak belajar emas.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak