Berdoa dan Solat Sunat Dua Rakaat
Dulu kita ada sebut, kita beli kenderaan pun disunatkan. Dulu Nabi beli, beli. Dulu orang Arab, bila dapat unta, dapat apa, doa. Dapat isteri pun letak tangan, minta berkat.
Bismillah, ha. Dia sebut Bismillah, sebut nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. “Allahumma inni as’aluka min khairiha wa min khairi ma jabaltaha alaihi wa a’udzu bika min sharriha wa min sharri ma jabaltaha alaihi.” Ya Allah, aku minta daripada-Mu kebaikan dia dan kebaikan yang telah Engkau jadikan pada dirinya. Minta jauh daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau jadikan pada dirinya. Kalau ada sedikit kekurangan, minta jauh-jauhkan. Kan kata asyik tak puas hati, memberontaklah, minta jauh-jauhkan.
Syirik, Khurafat dan Falsafah
Apabila kita kritik, bukan kita marah you mengaji sifat 20 tapi kita suruh you tarkis fokus kepada masalah tauhid dan syirik. Sifat 20 tu pengajian falsafah setelah masuknya falsafah Greek Yunani. Lalu ada orang Islam cuba nak berfalsafah, lalu dia ada Tuhan ada lawan, tiada dengar lawan pekak. Itu kemudian, kemudian benda tu datang kemudian. Tak ada kiraan seperti itu. Para sahabat yang duduk sekejap dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat mengislamkan kaumnya keseluruhannya di atas kejelasan akidah yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Yusuf Qaradhawi dan Malam Nisfu Sya’aban
Apa kata Qardhawi?
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat bahawa mereka itu berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu, dan solat tertentu seperti yang kita lihat di sebahagian negeri orang Islam. Bahkan, di sebahagian negeri orang Islam, berkumpul pada malam tersebut selepas solat maghrib, mereka membaca surah Yasin dan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur, 2 rakaat lain dengan niat tidak bergantung pada manusia. Kemudian, mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf, iaitu doa yang panjang dan menyanggahi nusyuz, yakni al-Quran dan sunah. Juga percanggahan dan bertentangan maknanya. Perhimpunan malam Nisfu Syaaban yang kita lihat dan dengar berlaku di negeri orang Islam ini adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam Nas. Segala kebaikan itu ialah mengikuti salam, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diada-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
Isu Zakat kepada Non-Muslim dan Masjid Cina
Dalam sejarah Islam, wang zakat boleh diberikan kepada yang teringin nak masuk Islam, yang dijangka dengan beri duit itu dia boleh masuk Islam. Kalau tak boleh pun, dia akan bersangka baik dengan Islam. Bahkan nabi pernah beri zakat kepada pembesar-pembesar kafir. Dengan pemberian itu, mereka tidak bermusuh dengan Islam.
Harta dalam konsep fakir miskin luas. Saya bukan nak suruh ambil duit zakat bagi kat orang bukan Islam. Di Malaysia ni kalau kita dengar cerita ada gereja bagi duit kat orang Islam, bising satu Malaysia. Teruk, budak sekolah-sekolah sekian-sekian telah ambil duit daripada gereja. Belum masuk Islam lagi, baru ambil duit. Belum masuk Kristian lagi, baru ambil duit.
Di Penang, mesin apa yang buah pinggang tu, apa nama dia, dialisis tu. Mesin tu ada di persatuan Buddha, free of charge. Jadi ramai orang pergi ke sana, termasuk orang Muslim. Dah takde kat masjid yang free kerana masjid berlumba-lumba duk simpan duit. Masjid siapa banyak, bukan duit masjid siapa berfungsi. Mereka pergi ke sana, orang dah susah hati. Sedangkan patutnya orang bukan Islam mengambil manfaat daripada tempat pusat-pusat Islam.
Bid’ah Hasanah dan Imam Malik
Tuan-tuan tengok pada muka surat 21, saya sebutkan hadis berkenaan. Kemudian saya sebutkan hadis yang saya baca tadi. Kemudian cekup pada muka surat 22, kata-kata Imam Malik. Malik berkata: “Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik, maka dia telah mendakwa bahawa Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengkhianati risalah ini kerana Allah berfirman: ‘Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku.’ Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, kata Imam Malik, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini.”
Khatib, TV dan Hadith Palsu
Di Perlis, kita suruh baca khutbah kerajaan bukan kerana apa, tetapi kerana taktik itu. Jika khatib tidak tahu sangat tentang hadis yang dia sebut, lebih baik kita suruh dia baca khutbah yang telah disediakan. Apa lagi jika dia mengambil hadis yang tidak sahih dan menyebarkannya. Kita lihat juga bagaimana ustaz-ustaz di TV3 meriwayatkan hadis dalam keadaan yang tidak sahih.
Berapa banyak ustaz di TV3 pun meriwayatkan hadis yang tidak sahih, seperti hadis tentang Ramadan, Syaaban, dan Rejab yang sering disebarkan. Hadis seperti “Rejab bulan Allah, Syaaban bulan aku, Ramadan bulan umatku” adalah tidak sahih. Oleh itu, penting untuk merujuk kepada ahli hadis yang dapat menilai dan menghukum kesahihan hadis-hadis ini.
Bid’ah Hasanah dan Imam al-Izz Abd Salam
Dan tuan-tuan, seorang lagi Imam al-Izz Abdul Salam. Tuan-tuan tengok muka surat 30, al-Izz Abdul Salam lagi canggih, membahagikan bidaah kepada lima: bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunat, bidaah makruh, dan bidaah yang diharuskan. Kalau kita pergi, mereka kata kita ini tak tahu. Ulama-ulama ini bahagi bidaah kepada lima. Mereka boleh satu, kita kata dak. Alhamdulillah kita baca dah apa yang mereka bagi. Kenapa dia bagi banyak sangat? Pasal tuan-tuan tengok muka surat 31, dia sendiri sebut bidaah tu apa.
Al-Izz Abdul Salam kata bidaah tu ialah perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasul. Kalau dia buat takrif dia macam tu, memanglah banyak. Jadi, dia kena bahagi banyak. Kalau dia buat takrif dia macam Imam Syafie tadi, tak banyaklah benda yang menyerupai syariah yang disandar kepada ugama. Yang ni dia kata, apa yang tak berlaku pada zaman Nabi, bidaah itu takrif dia. Kalau dia buat takrif macam tu, memang dia kena bahagi banyak. Pasal ada benda yang Nabi tak buat, memang banyaklah. Kereta pun Nabi tak buat. Jadi sebab tu dia bahagi lima.
Maka dengan itu, kita tengok apa kata dia. Cuba kita tengok muka surat 32, bagi bidaah wajib itu beberapa contoh. Salah satu daripadanya ialah menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dengannya difahami kitab Allah dan kalam Rasulullah. Ini kata al-Izz Abdul Salam, antara bidaah wajib ialah ilmu nahu. Tuan-tuan tadi kita dah baca dah kalam Imam Syafie. Imam Syafie kata ilmu nahu tak termasuk dalam bidaah kerana ia tak termasuk dalam takrif ni. Jadi kita tahu Imam al-Izz Abdul Salam yang bahagi lima tu, dia masuk buat sekolah, dia kata tu bidaah hasanah, bidaah wajib. Kita kata buat sekolah ni tak bidaahlah, benda tu disunatkan daripada awal lagi.
Hukum Berzikir Dan Berselawat Di Celah Solat Tarawikh
Dia kata, tidak ada Nas yang suruh baca zikir, baca selawat, baca Quran, atau baca tasbih di celah-celah solat tarawih. Namun, tidak ada Nas juga yang melarang. Jadi, kalau kita nak baca, faham baik-baik, suruh baca apa-apa pun tak ada larangan.
Siapa lagi kalau bukan Yahudi dan Nasrani?
Kalau orang tanya surah al-Ankabut, kita tak jumpa. Jari kita surah labah-labah. Budak-budak ini reti surah labah-labah tak dak masa nak layan. Nampak kumpulan Spider tahu, nampak ha labah-labah
Jamak dan Qasar Solat Sepanjang Pulang Berhari Raya Selama Seminggu
Kalau pendapat saya, wallahualam, saya pilih pendapat Al-Imam Al-Bukhari dan beberapa orang muhaddith yang lain. Selagi mana kita nak duduk di situ bukan nak menetap kerana ada urusan seminggu, lepas tu nak balik, maka boleh kasar. Kerana nabi pernah kasar di Mekah selama 15 hari. Berbeza kalau kita duduk situ