Antara Akidah Lepat Dan Akidah Asyariah
Saya tak tahulah ajaran dia, tapi saya lepat-lepat hat makanan tu saya makan. Taklah minat sangat, tapi bolehlah. Yang tu saya tak tahu, tapi umumnya ialah memisahkan syariat dengan hakikat dengan tujuan untuk tak mengamalkan syariat. Kata Nabi, “Jibril lah, apalah bererti seseorang telah menyatakan Nabi tu yang diutuskan tak kena mengena dengan dia sebab ajaran Nabi hanya untuk hangpa saja. Aku orang 1 makam yang lain, yang ajaran Nabi hangpa amalkan, aku tak terlibat dengan itu.” Menafikan Nabi telah dihantar kepada sekalian manusia, nafi Quran, tapi juga hadis Nabi yang Nabi kata, “Key bahawasanya kerana Nabi yubas tu ialah kaum hirasa wabak itu ialah nasihat Allah dulu. Nabi dihantar untuk kaumnya sahaja. Aku dihantar untuk sekalian manusia.”
Maka dengan itu, dengan itu ni bukan nak ingatkan lah, dengan itu akidah yang seperti ini jika disebut dengan faham dan dia tahu maksudnya, dia sedar, dia waras, semua ulama kita akhir dulu kata keluar daripada agama. Batal agama, batal Islam, sebab dia menafikan Muhammad rasul Rasulullah. Rasul tu tak kena kat dia pasal syariat yang kamu amal ni aku tak kena mengena. Aa ini bahaya. Adapun Asyraf, mereka ahli sunnah berjemaah yang mempunyai method perbahasan mereka dengan cara tertentu. Ada beberapa pendapat mereka di dalam perbahasan itu seperti maduri, dia juga pendapat mereka di kalangan ahli hadis salafiyah. Juga ini semua ialah di kalangan ahli sunnah berjemaah cuma mungkin ada isu-isu tertentu orang tak agree dalam perbahasan cara.
Islam Di Malaysia: Realiti dan Harapan
Soalan mengenai menegakkan Islam tidak semestinya memerlukan kerjasama dengan UMNO. UMNO, ketika lemah, baru mencari kita. Begitu juga, UMNO dahulu, seperti angin sepit, mempunyai hukum yang tinggi. Tokoh pembaharuan seperti Syeikh Burhanuddin al-Helmi, yang dikenali di kalangan ahli PAS, juga pernah dituduh sebagai Wahabi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan, pada awal sejarah perjuangannya, juga diberikan tuduhan yang sama.
Janganlah kita cepat menuduh wahabi atau sejenisnya setiap kali seseorang berbeza pandangan dengan kita. Memang benar bahawa kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja kerana lidah tidak bertulang, dan sering kali mudah untuk menuduh orang lain. Namun, yang lebih penting adalah mencari penyelesaian. Apa tindakan kita untuk mengatasi penyakit-penyakit ini, bukan sahaja penyakit negara tetapi juga penyakit diri sendiri?
Amanat Haji Hadi menyatakan bahawa UMNO kafir kerana menolak hukum Allah dan mengekalkan perlembagaan yang dianggap sebagai sihir. Namun, mari kita perhatikan dengan tenang dan jelas. Pada malam ini, saya tidak berniat untuk berpanjang lebar. Saya ingin berbicara dengan terus terang dan jujur. Sekian, terima kasih.
Azan dan Masjid Bertingkat
Ada soalan yang memang patut kita tanya bila ada kuliah. Bila masuk waktu, kita berhenti, kita azan kemudian kita sambung. Tapi kalau kita terlupa, tak diingatkan, kita tak ingat. Saya memang selalu cakaplah, oh saya ingat angkat tangan nak tanya, saya tak bagi laluan. Tuan-tuan, sebelum nak tanya, tak apa tanya. Mai kuliah saya, tanyalah apa yang tak faham. Hat mana saya boleh jawab, saya jawab. Tak boleh jawab, saya tangguh, saya jawab kemudian. Tapi tanyalah.
Jangan pula ada yang tak puas hati dengan mufti ni. Kuliah ada peluang tanya, tanya. Adakah itu sunah? Itu tidak termasuk dalam sunah atau tak? Sunah itu termasuk dalam tempat muat tu pun tak muat. Kalau dah masjid potongan masjid kan, kalau dah masjid bertingkat-tingkat, masjid boleh bertingkat-tingkat maka bolehlah orang perempuan duduk di mana pun atau orang lelaki duduk mana yang penting memenuhi ruang.
Pada zaman Nabi, dia buat masjid satu lapis kan, maka dia tak buat dua lapis sesuai dengan seni bina pada zaman tu. Maka dia banyak tu saja. Kita tahu bahawasanya bila masjid ada dua lapis, orang perempuan tahu lelaki boleh duduk. Cuma lelaki perempuan solat di belakang lelaki, itu saja. Di belakang lelaki.
Masjidil Haram pun, tuan-tuan pergi, perempuan duduk atas juga kan, lelaki pun ada duduk atas.
Bermusafir dan Solat Qasar
Agama ini mudah, ada roh sah dia, ada kelonggaran-kelonggaran yang diberikan oleh syarak. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyukai kita mendatangi kelonggaran-kelonggaran tersebut. Ada kelonggaran yang dia bagi apabila kita musafir. Dia bagi supaya kita untuk qasar, kita qasarlah.
Semua orang, “Oi, aku tak mahulah,” dia kata. Bukan susah mana pun. Memang tak mahukan susah mana, tapi tunjuk ajar nabi. Baginda tidak pernah musafir melainkan baginda mengkasarkan solatnya. Kita tidak lebih baik daripada baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Antara Taubat dan Istighfar
Wahai manusia, taubatlah kepada Allah. Taubat ertinya janji kepada Allah untuk berhenti daripada melakukan dosa dan berjanji kepada Allah untuk tidak mahu kembali kepada dosa lama. Istighfar bermaksud memohon daripada Allah keampunan ke atas dosa.
Yang bertaubat bererti memohon agar Allah mengampuninya. Tetapi yang beristighfar, kadangkala belum tentu dia berhenti. Dia mengucapkan “astaghfirullah” tetapi kadang-kadang dia buat juga dosa itu. Ha, dia istighfar. Kita disuruh beristighfar, pun disuruh taubat.
Allah Taala ini, tuan-tuan, mintalah kepada-Nya. Allah suka hamba-Nya meminta, hatta hilang tali kasut pun minta kepada-Nya, tak apa. Hilang duit RM2 pun minta kepada Allah. Allah Taala suka.
Iblis, dia derhaka kepada Allah tapi dia minta agar Allah tempohkan hayat dia. Allah terima permintaan dia sekalipun dia iblis. Takkan hamba Allah yang beriman kepada Allah, Allah Taala tak terima permintaan dia. Masalahnya kita tak minta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, ataupun kita tak tahu bagaimana nak meminta daripada Allah.
Antara Alim dan Abid
Al-Ghazali Rahimah Allahuakbar pernah membuat andaian tentang perbezaan antara orang alim dengan orang jahil dalam soal ibadah. Orang alim ialah orang yang berilmu. Macam mana pening pun dia, kalau syaitan muncul kepada dia dan berkata, “akulah Tuhanmu, ikutlah aku,” kata Razali, maka orang alim akan berkata, “aku jahat-jahat aku pun, aku dah mengaji. Aku tahu hang syaitan. Tuhan tak macam ni. Tuhan bukan jenis duk muncung-muncung macam ni.”
Tapi dia kata, orang kuat ibadah tetapi tidak menuntut ilmu, walaupun kuat ibadatnya, betapa kuat sekali pun, dalam keadaan dia kuat beribadah, dia mimpi dan nampak sesuatu. Jika syaitan muncul dan berkata, “akulah Tuhanmu, engkau telah mencapai makam sekian-sekian,” maka dia tunduk pada syaitan kerana dia sangka Tuhan muncul untuk dia. Sebab itulah, kita disuruh menuntut ilmu sebelum beramal.
Rapatkan Saf dan Sujud Sajadah
Didapati setengah jemaah wanita enggan merapatkan saf. Rapatkan saf adalah sunnah sama ada lelaki ataupun wanita.
Bolehkah hanya bertasbih dan tak mahu sujud sajadah? Kita dapati hadis sujud walaupun ada pendapat sebahagian para ulama tak mahu kita sujud. Setengah ulama sebut kata kita diam sebagai hormat ayat sajadah, tapi ada dalam hadis kita sujud. Maka, bersujudlah apabila lalu ayat sajadah.
Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah Tidak Dari Nabi SAW
Sesetengah orang telah salah faham terhadap hadis ini. Apabila datangnya musim hijrah, kerana kita ada Maal Hijrah, Malaysia ni lain sikit, istimewa. Satu-satunya negara dalam dunia yang ada Maal Hijrah. Apabila datangnya Maal Hijrah, ha ni pasal RTM ada, saya kena sebut.
Tidak ada dalam agama ini yang dikatakan upacara doa awal tahun dan akhir tahun. RTM kena siap cepatlah ni supaya rakyat Perlis dengar. Dengan ini, maka mufti Perlis mengisytiharkan segala upacara awal tahun dan akhir tahun yang dibuat doa khas dan ibadat khas tidak pernah datang daripada tunjuk ajar nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Ha, tak ada. Kalau ada, boleh ke sahabat dulu? Tarikh hijrah ni pun sebagai penentuan tahun ditentukan pada zaman Saidina Umar, bukan pada zaman nabi pun.
Tuan-tuan pun tahu dalam sejarahnya, kan? Saidina Umar yang berunding nak tentukan hari lahir nabi ke, hari nabi diutuskan ke, hari hijrah nabi ke. Ha, kalau ada awal dulu hat awal tahun tu, tentu dah tak bincang dah masalah ni. Tentu dah tak bincang.
Pengarah JAIS dan Bukan Islam Masuk Masjid
Dia kata, umpamanya di Malaysia, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid kerana mereka bagaikan wanita haid. Masuk dalam surat khabar, masuk dalam surat khabar, masuk dalam surat khabar. Ini satu pandangan, pandangan yang bagi saya sempit. Saya tak nafikan ada fuqaha yang pandangan macam tu. Tetapi mengapa dia tidak memilih pandangan yang mana yang menyatakan orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid kalau nak dapat manfaat, kalau ada kepentingan, ada tujuan tertentu.
Pada zaman Nabi, orang-orang bukan Islam masuk dalam masjid jumpa Nabi. Perwakilan-perwakilan jumpa Nabi dalam masjid, mereka berdialog dengan Nabi dalam masjid. Tapi oleh kerana dia ada kuasa, dia kata ini pandangan yang dianggap kuat. Bukan kuat, itu pandangan orang yang ada kuasa. Tapi kalau tanya saya, saya tak setuju pandangan tu kerana dia akan memberikan orang bukan Islam di Malaysia salah faham.
Ketika kita risau orang Islam pergi ke gereja, mengapa kita halang orang bukan Islam masuk ke masjid untuk mendengar ceramah agama?
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Syiah
Hadirin Mukminin sekalian, kita tak dibenarkan bersedekah berinfak sehingga habis harta dan kaum keluarga kita susah, tak boleh. Tapi pasal apa nabi bagi keizinan kepada Abu Bakar? Pasal apa nabi bagi? Para ulama hadis seperti al Bukhari dan selainnya cuba mencari sebab dalam hal ini, katanya keizinan mereka. Sebahagian besar ulama hadis menyebut keizinan ini khas untuk Abu Bakar kerana iman Abu Bakar tak sama dengan iman orang lain.
Orang lain, kalau bagi harta dia sampai habis, lepas pada tu dia tersandar di dinding, dia fikir, “Eh, tak patut ku bagi habis hari tu ni, silap aku.” Lalu agama halang daripada awal, tak usah pasal ada tanggungan. Adapun Abu Bakar, benda ni tak mai kat dia, bulat hati dia. Tuan-tuan, ini Umar, ini Abu Bakar, ini Uthman yang dirakamkan oleh sejarah, dan inilah tiga orang yang dikafirkan oleh Syiah.
Saya nak sebut ni, memang kita duk lawan Syiah ni, di Perlis ni pun dia duk sakan. Inilah orang yang dikafirkan oleh Syiah sedangkan sejarah mereka sangat cemerlang. Apa yang mereka lakukan di dalam memperjuangkan ataupun apa yang mereka lakukan di dalam mempertahankan Allah dan rasulnya Sallallahu Alaihi Wasallam.