G25 Dan Liberal

G25 Dan Liberal

Pada Sabtu, 19 Ogos, doktor akan memberi ucapan pertama dalam program Simposium Kesederhanaan dalam Quran. Tidakkah kumpulan G25 terdiri daripada kumpulan pemikiran?

Saya pun tak ingat dah jadual ini, tuan-tuan. Orang panggil kita berucap, kita pi. Ya, bukan bermaksud kita mesti setuju dengan penganjur atau apa. Penganjur panggil, yang penting dia kata kalau boleh bercakap, jangan kacau.

Kita kata nak dakwah pada liberal, tapi tak mahu pi cakap pada mereka, macam mana? Inilah orang kita, kan? Kadang-kadang macam tu. Setengah orang, hmm, dia complaint benda yang dia tak tahu. Ha, kadang-kadang dia teruk. Pasal apa? Kita complaint, tengok depa ramai complaint. Tak boleh. Ah, jangan orang makan dedak, kita makan dedak. Ah.

Waktu Mula Dan Tamat Solat-Solat Fardhu

Waktu Mula Dan Tamat Solat-Solat Fardhu

Waktu Zohor ialah apabila matahari beranjak, beredar dari tengah-tengah langit. Ini dipanggil gelincir matahari, dan itulah permulaan waktu Zohor. Bila bayang yang baru itu sama panjang dengan kita yang berdiri atau barang yang ditegakkan, maka bermulalah waktu Asar.

Dia menyebut, “Kanazilur rajuli katolihi malam yahdur waktul Asri,” yang bermaksud selagi mana tidak hadirnya waktu Asar, panjang bayang itu hanya sampai setakat itu. Apabila bayang lebih panjang, itu menandakan masuknya waktu Asar.

Waktu Asar pula, selagi mana matahari belum menjadi kuning, selagi itu waktu Asar masih ada. Maksudnya, apabila matahari sudah kuning, hampir jatuh, maka berhentilah solat. Ketika itu, Nabi melarang solat kerana ia adalah waktu antara dua tanduk syaitan. Jangan tunggu waktu Asar hampir masuk Maghrib; ketika matahari sudah kuning di langit, sudah tidak boleh solat lagi.

Tentera Bersniper Perlu Batas Pergerakkan Dan Solat Hormat Waktu. Perlukah Qadha Kembali?

Tentera Bersniper Perlu Batas Pergerakkan Dan Solat Hormat Waktu. Perlukah Qadha Kembali?

Yang pertama, jika sekiranya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Iza Amar tukum bi syai’in fa’tu minhu maastata’tum,” yang bermaksud “Apabila aku perintahkan kamu dengan satu perkara, lakukanlah dengan kadar yang kamu mampu.” Bila sampai waktu solat, kita solat dengan kelonggaran yang telah disebutkan tadi.

Pertama, dia boleh jamakkan solat. Misalnya, jika dia tahu hanya ada ruang masa tertentu dan selepas itu pergerakannya sangat terbatas, dia boleh solat Zuhur dan Asar secara jamak ketika waktu Zuhur. Begitu juga, jika pada waktu Maghrib, dia boleh solat Maghrib dan Isyak sekali gus.

Jika pada waktu Zuhur dia tidak ada peluang untuk solat, dia boleh takhirkan solat Zuhur pada waktu Asar, atau solat Maghrib pada waktu Isyak, jika dia rasa nanti akan ada peluang. Jika sekiranya dia terpaksa duduk setempat dan tidak boleh bergerak, dia solat dengan hanya menggunakan kadar kemampuan untuk bergerak.

Kalau dia tidak boleh rukuk, dia rukuk dengan kadar yang dia mampu, seperti orang sakit. Jika dia tidak boleh sujud, dia sujud dengan kadar yang mampu seperti orang sakit. Kalau dia tidak boleh menunjukkan pergerakan yang nyata, dia solat dengan kadar yang mampu. Kalau dia mampu menghadap ke arah kiblat, maka dia menghadap ke arah kiblat.

Puasa Asyura

Puasa Asyura

Jika orang buat puasa pada 9 dan 10, cukup. Kalau ada orang buat puasa pada 9, 10, dan 11, itu juga ada dalam riwayat Imam Ahmad. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bila tengok orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, Nabi menyatakan, Nahnu ahaqqu bi Musa minhum (“Kita yang lebih layak untuk mengingati Musa lebih daripada orang Yahudi”). Dan baginda menjanjikan yuqaffiru as-sanat al-madiya (dengan puasa ini, iaitu puasa pada hari Asyura ini, akan diampunkan dengannya tahun yang sebelumnya).

Mudah-mudahan dengan puasa ini, dosa kita diampunkan. Kita mengambil kesempatan daripada puasa ini. Kita bukan orang Syiah yang pada hari Asyura mereka melakukan amal ibadat yang sama seperti orang-orang Hindu di Kuil Batu Caves, iaitu dengan mencederakan diri.

Orang Syiah di India, Pakistan, dan juga di Iran, mereka akan melukakan diri mereka. Ha, mereka akan pegang besi, mereka akan pukul-pukul diri mereka sampai cedera, kononnya kerana mengingati apa yang dilakukan oleh Yazid bin Muawiyah terhadap al-Husain bin Ali.

Ha, apa yang mereka nak ingat ni bohong saja. Aa, yang membunuh al-Husain ialah orang-orang Syiah sendiri. Yang membunuh al-Husain adalah orang-orang Syiah sendiri, aa, bukan Yazid bin Muawiyah.

Bank Susu Antara Fatwa Boleh Dan Fatwa Tidak Boleh

Bank Susu Antara Fatwa Boleh Dan Fatwa Tidak Boleh

Kita dalam fatwa di Perlis, kita ada pengalaman benda yang sama di luar, seperti bank susu ibu. Dalam mazhab Lais bin Saad umpamanya, dia lebih luas dalam isu bank susu. Orang nak kumpul susu takut bercampur nas, bercampur susu, dan nanti bercampur anak. Ada tempat yang fatwa tak boleh, tapi kalau tengok Lais bin Saad, dia kata sedikit lebih luas untuk dia. Walaupun dia bukan mazhab yang dalam empat, tapi Imam Syafi’i menyebut, “Laisu afqah min Malik.” Lais itu lebih faqih daripada Malik.

Lais kata, hak susu yang kena itu, hak hisap terus saja. Kalau minum dari cawan, nak minta kena, itu pendapat Lais. Beza tak lah kita kata kita menelan semua pendapat itu, tapi keluasan pandangan itu memberikan opsi dalam perkara-perkara yang diperlukan. Mudah, sihat, tak apa. Tapi dalam fatwa kita di Perlis, tak lah terus ambil pendapat Lais. Kita sebut, tapi kita mengingatkan ada pendapat Lais untuk keluar kalau bagi yang tersangkut.

Kadang-kadang, budak tu mak dia tak ada susu, orang tak ada susu, dia terkena susu orang lain. Kita pula kata tak boleh buat susu bank, susu kalut, payahlah takut bercampur susu. Bercampur susu tu mungkin sejak zaman Nabi dulu berlaku. Orang berkahwin di sama-sama susuan, kemudian Nabi pisahkan. Nabi kata nanti berlaku perkahwinan haram. Masa dia tak tahu tak dak masalah, bila dia tahu dia dipisahkan.

Perbezaan Islam Dan Kafir

Perbezaan Islam Dan Kafir

Besarnya “Lailahaillallah” ini, seperti yang telah dibuktikan oleh seseorang yang asalnya Kristian, berubah menjadi Muslim hanya dengan mengucapkan kalimah ini, bersama dengan “Ashhadu an la ilaha illallah” dan “Ashhadu anna Muhammadur Rasulullah”. Jika dia hanya menyebut “Subhanallah” atau “Alhamdulillah”, ia tidak cukup untuk mengubah dirinya menjadi Muslim.

Lailahaillallah, dengan iman dan keyakinan, merupakan pengakuan terhadap Tuhan. Ini adalah kalimah yang paling Allah suka. Kita sering menyebut “Lailahaillallah” tetapi kita tidak merasai kepentingannya.

Bukan hanya sekadar menyebut “Lailahaillallah” dan kemudian menunggu tanpa tindakan, tetapi kita perlu mengikrar kalimah ini dengan penuh kehambaan. Tidak ada yang diabdikan diri melainkan Allah.

“Lailahaillallah” menegaskan bahawa tidak ada yang disembah melainkan Engkau. Ini adalah kalimah yang paling Allah suka dan yang perlu kita fahami dengan mendalam.

Kisah Epal Dan Gadis Cacat

Kisah Epal Dan Gadis Cacat

Pernah tengok tak, dengar tak cerita ini? Jumpa buah epal, makan, lepas tu kena kahwin. Pernah dengar cerita ni? Riwayat TV3. Dia cerita, katanya cerita ini memang dalam buku, tapi kita kena jadi kritis, terutama sebagai pelajar universiti. Kita kena exercise otak kita ni.

Dia kata, seorang duduk tepi sungai, tiba-tiba dia jumpa epal. Lalu dia ambil, dia makan. Lepas dia makan, dia pun teringat, “Ini epal siapa ni ya?” Jadi dia pun cari ikut sungai tu nak minta izin kat tuan dia. Tuan dia pun kata, “Aku tak halalkan melainkan kau kena kahwin dengan anak aku.” Eh, dia kata, “Tapi anak aku buta, pekak, bisu, dan cacat.”

Dia pun terpaksalah kahwin. Cumanya, malam-malam lepas akad nikah tu, dia pi tengok, rupanya tak buta. Dia pun terkejut, tanya, “Kata buta?” Dia tak percayalah buta tu dengan makna sekian-sekian. Jadi cerita tu diceritakan, tapi kalau kita nak ambil pengajaran Fiqah, macam mana saya nak bagi faham?

Kenapa Dr. Maza Sering Serang Pas Siang Dan Malam

Soalan Panas Dari Penyokong PAS: Kenapa  Dr. Maza Sering Serang PAS Siang & Malam

Okey, terima kasih. Saya serang PAS siang dan malam? Ha ha, mana dia? Okey, ada tak … Saya puji PAS, ha ha ha. Terutama yang terbaru, ha ha ha. Kadang-kadang bukan apa, kadang-kadang kita yang di bawah ni, orang panggil lebih lajak daripada laju, ya ha ha. Tak apa, saya ingat lagi yang ini, saya tak jawab benda apa buang masa, tapi saya ceritalah sikit. He he, saya tak tahu adakah saya pergi Kelantan atas undangan Hussam Musa? Ustaz Fadli undang saya, dan saya kadang-kadang berjumpa dengan Tok Guru. Dia juga antara yang atur saya apabila berjumpa dengan Tok Guru di sini. Dan saya ada banyak pertemuan-pertemuan, dia juga tahu bahawa saya dengan Tuan Guru …

Okey, kemudian pergi di Arau, tak ada zikir? Oh, susah hati kita, ha ha ha. Kalau kita pergi di masjid Perlis, kita akan tengok semua tempat dia tulis zikir selepas solat, dengan siap semua ada di dinding. Cumanya zikir depa tak kuat, entah tak dapat dengarlah, boleh kurang Masjidil Haram lah. Dan ada juga di Perlis yang zikir kuat, masjid dia dan tok imam dia tak pernah kena pecat masa duk sambung papan jin, ha ha.

Wudhu Dan Najis Cicak?

Wudhu Dan Najis Cicak?

Air sembahyang tak batal, basuh je lah najis cicak tu. Kita kadang-kadang salah faham antara batal dengan benda tu najis. Kita ada wuduk, kita terkena najis, kita pergi basuh najis tu, wuduk kita kekal. Bukan kalau kata batal, ertinya kita kena renew balik wuduk kita, itu batal. Kita basuh je tempat tu dan kita kena bezakan antara yang kata batal dan yang kata benda yang batal dan benda yang dianggap sebagai haram.

Contoh, saya buat contoh banyak kali. Seorang lelaki pakai sutera, apa hukumnya? Haram. Dia pakai tie sutera, hukum dia apa? Sutera betul, sutera betul. Dia pergi solat, sah tak solat dia? Sah. Walaupun pakaian dia haram, solat dia tetap sah. Ulama ada khilaf, tetapi yang sahihnya solat sah.

Contoh lain, seseorang mencuri baju di supermarket. Curi baju, lepas tu pakai sembahyang. Ada ulama yang kata sembahyang tak sah, tetapi yang sahihnya solat tetap sah. Baju itu haram, perbuatan mencuri itu haram, tetapi solat tetap sah.

Dr Maza Dan Tun Mahathir

Dr Maza Dan Tun Mahathir

Saya amat berbangga dengan kehadiran Yang Berbahagia Tun Mahathir. Sebenarnya, semasa Tun menjadi Perdana Menteri, saya takde kesempatanlah untuk berkenalan dengan Tun. Mungkin masa tu saya pun sekolah menengah baru dah masuk universiti. Tun masih menjadi Perdana Menteri apabila saya menulis menjadi mufti dan menulis di dalam akhbar dalam ruang “Pena Mufti”.

Saya masih ingat, saya menulis tajuk “Murtad: Antara Emosi dan Realiti”. Ketika itulah, selepas itu saya mendapat e-mel daripada anak Tun yang memaklumkan kalau saya ada masa datang ke KL, Tun jemput saya ke rumah Tun. Masa tu lah saya berkenalan dengan Tun dengan lebih dekat. Saya juga mendengar pandangan-pandangan tajam Tun.

Bila Tun pergi ke London baru-baru ni pun, Tun masih lagi sudi ajak saya minum pagi dengan Tun. Awak terima kasih banyak, Tun.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak