Iqtibas Nasyidkan Zikir Dan Terjemahan Ayat Qur’an Yang Dibolehkan

Iqtibas Nasyidkan Zikir Dan Terjemahan Ayat Qur’an Yang Dibolehkan

Okey, dalam hal ini, ia dipanggil *iktibas* dalam bahasa Arab. Maksudnya, apabila kita buat nasyid dan dalam nasyid tersebut kita masukkan ayat-ayat al-Quran, apakah hukumnya? Para ulama telah membincangkan perkara ini, namun ulama dulu tidak banyak berbincang mengenai nasyid kerana pada waktu itu nasyid tidak begitu meluas. Tetapi, mereka ada membincangkan mengenai *iktibas* ayat-ayat al-Quran dalam syair. Apabila orang Arab membuat syair, mereka kadang-kadang mengambil ayat al-Quran dan memasukkannya ke dalam syair tersebut. Persoalannya, bolehkah ini dilakukan?

Majoriti para ulama, kecuali dalam mazhab Malik, menyatakan ia boleh dilakukan dengan syarat tidak membawa sebarang penghinaan, kecacatan, atau merendahkan ayat al-Quran. Selain itu, ayat tersebut tidak boleh diambil di luar daripada konteks yang boleh merendahkan al-Quran. Contohnya, jika seseorang menggunakan ayat “Anā Rabbukum al-Aʿlā” (Akulah Tuhanmu yang tertinggi) dan menyandarkan ayat itu kepada dirinya sendiri, ini tidak boleh. Atau jika seseorang meniru sumpah Allah, seperti berkata “Demi matahari”, itu juga tidak dibenarkan kerana hanya Allah yang boleh bersumpah dengan makhluk-Nya, bukan kita.

Jadi, ada syarat-syarat tertentu dalam *iktibas* ini. Selagi ia tidak menghina, memutarbelitkan maksud ayat al-Quran, atau keluar daripada konteks yang betul, maka ia dibenarkan. Namun, harus diingat bahawa apabila memasukkan ayat al-Quran dalam syair atau nasyid, ia hendaklah dibaca dengan betul. Kadang-kadang, apabila ayat al-Quran dimasukkan ke dalam syair atau nasyid, panjang pendek bacaan ayat tersebut tidak betul. Ada yang memanjangkan pada tempat yang tidak sepatutnya atau memendekkan pada tempat yang tidak wajar, semata-mata untuk sedap didengar. Kadang-kadang, ada juga yang meniru sebutan Arab dengan bunyi sengau, tetapi sebenarnya itu bukan cara yang betul.

Contoh dan Pengajaran Sangat Penting

Contoh dan Pengajaran Sangat Penting

Ada satu ketika, seorang dari negeri lain datang jumpa saya selepas kuliah. Dia sebak dan berkata bahawa setelah seminggu berada di Perlis atas urusan tertentu, dia merasa susah hati untuk pulang. Dia dapat melihat bagaimana orang solat jenazah dan solat secara berjemaah. Dia merasakan suasana yang sama seperti di Mekah. Dia berkata suasananya sangat tenang dan teratur.

Sebelum ini, dia tidak tahu betapa berbezanya suasana di Perlis. Banyak pihak di luar sana mengutuk, tetapi dia tidak tahu. Namun, alhamdulillah, ini adalah dakwah. Kadang-kadang, rahmat Allah datang melalui satu perkataan. Kadang-kadang, orang yang bermusuh dengan kita akan berubah pandangan apabila melihat realiti sebenar.

Saya pernah sebut kepada tuan-tuan, saya tidak tahu sudah berapa banyak emel yang saya terima—mungkin beratus atau ribuan—dari orang yang minta maaf kerana dahulu mereka mengutuk saya akibat terpengaruh dengan kata-kata ustaz lain. Tapi apabila mereka dengar sendiri kuliah saya, mereka tahu bahawa realitinya tidak seperti yang diberitahu.

Dulu, mungkin orang tidak pernah jumpa, tapi sekarang dengan adanya YouTube, orang boleh tengok dan dengar sendiri. Mereka dapati kita sebenarnya memberikan penghormatan yang lebih kepada imam-imam mazhab daripada apa yang mereka sangka. Kita mengajar semua mazhab dengan penuh hormat, cuma kita tidak fanatik.

Keafdhalan Solat Wanita Antara Rumah Dan Masjid

Keafdhalan Solat Wanita Antara Rumah Dan Masjid

Dari sudut kedua, walaupun wanita tidak pergi ke masjid, suami mereka berperanan besar dalam menyampaikan mesej Islam. Suami yang alim akan memberi tahu isteri mereka tentang agama dan menyampaikan ilmu yang dipelajari.

Namun, zaman sekarang berbeza. Jika kita menyuruh wanita sembahyang di rumah sedangkan suami mereka tidak pergi solat atau tidak belajar agama, maka suami itu tidak tahu apa-apa dan isteri pun tidak tahu apa-apa. Dalam keadaan ini, adalah lebih afdal bagi isteri untuk keluar dan pergi mengaji di masjid daripada solat di rumah kerana zaman telah berubah.

Jika tidak, di mana lagi ilmu itu akan diperoleh, melainkan suami memang ahli ilmu yang mampu menyampaikan ilmu kepada isterinya? Namun, jika suami pun tidak tahu apa-apa, seperti ketika suami balik dari masjid tetapi tidak tahu apa yang diajar ustaz, keadaan menjadi lebih rumit. Ustaz mengajar supaya orang dapat ilmu, bukan semata-mata untuk mendapat duit. Ilmu itu penting supaya kita faham dan boleh menyampaikan kembali kepada orang lain.

Nazar Yang Makruh Dan Yang Sunnah

Nazar yang Makruh dan yang Sunnah | Dr.  MAZA

Kenapa nazar makruh? Nazar makruh seperti mana kata Aisyah radhiallahu anha, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang daripada nazar. Nazar yang makruh ini adalah nazar yang ada tukar ganti, contohnya, “Kalaulah aku dapat projek ini, aku puasa sebulan.” Atau, “Kalau aku berjaya dalam peperiksaan ini, aku puasa dua minggu.” Atau, “Kalau anak aku dapat 10A, aku puasa lima hari, aku sedekah RM500.”

Ini adalah makruh. Nabi kata ia tak menambahkan apa-apa melainkan mengeluarkan duit daripada orang yang jahil dan bakhil sahaja. Kenapa makruh? Sebab ia seperti taruhan dengan Tuhan. Seolah-olah kita berkata, “Ya Allah, kalau Kau bagi aku macam ini, aku akan buat macam ini.” Ia makruh kerana seakan-akan kita bertaruh dengan Tuhan, dan Tuhan bukan untuk dibuat taruhan.

Para ulama, berdasarkan riwayat Aisyah itu, memakruhkan nazar. Quran sebut tentang orang yang baik itu yang menunaikan nazar. Tetapi, nazar macam ini tak ada. Contohnya, “Aku bernazar tahun ini untuk sedekah RM1,000,” sebab apa? Tak ada nazar ini. Dia saja nak ikat diri, tak ada kaitan dengan kalau dapat sesuatu atau tidak. Nazar ini yang dinazarkan oleh para ambiya. Nazar ini bagus, sunnah. Wallahu Taala a’lam. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi Muhammad. Alhamdulillah.

Budaya Dan Agama Mempengaruhi Perjalanan Politik Kita?

Budaya Dan Agama Mempengaruhi Perjalanan Politik Kita?

Kembali kepada soalan yang dikemukakan, kita perlu tahu bahawa politik adalah satu bidang yang luas dan asas kepada politik adalah kemaslahatan. Ini disebut secara khusus dalam *siasah syariah* dalam politik Islam. Maslahah adalah asas untuk membolehkan maslahah itu ditegakkan, maka kita memerlukan pemimpin yang berupaya memandu atau membawa rakyat, negara, atau negerinya ke arah maslahah. Untuk mengupayakan pemimpin, dia harus mempunyai satu hal—bukan sahaja seorang pemimpin itu mempunyai idea yang baik, pemikiran yang baik, dan perancangan yang baik—tetapi pemimpin itu juga hendaklah berupaya menjadikan rakyat taat kepadanya.

Untuk membolehkan rakyat taat, banyak elemennya. Soalan tadi berkaitan dengan latar agama dan latar budaya. Jika seorang pemimpin itu, walaupun mempunyai idea yang bagus tetapi bertentangan latar agama dan budaya dengan rakyat yang diperintahnya, mereka mungkin tahu bahawa dia ada idea yang baik tetapi mungkin tidak akan taat kepadanya. Apabila pemimpin tidak ditaati, segala rencana, perancangan, dan kehendak yang disusun, sekalipun baik, tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Oleh itu, jika ditanya kepada saya, saya akan menjawab berdasarkan hal ini. Ada pemimpin yang mungkin kurang bijak dibandingkan dengan pemimpin yang lain, tetapi dia lebih mendapat pengaruh, ketaatan, dan kepatuhan rakyat, maka dia dilantik dalam banyak masyarakat. Sebab itu, kita perlu menyeimbangkan semua unsur-unsur ini supaya ia seimbang. Jadi, jika ditanya kepada saya, adakah pengaruh agama penting? Ya, pengaruh agama penting. Adakah pengaruh budaya penting? Ya, ia penting untuk membolehkan rakyat bukan sahaja tahu pemimpin itu pandai, tetapi juga berkehendak untuk taat kepadanya kerana mengetahui ada *chemistry* dan kebersamaan di antara mereka.

Perbezaan Pandangan Dalam Isu Vaksin Dan Perubatan

Perbezaan Pandangan Dalam Isu Vaksin Dan Perubatan

Pertama sekali, ulama khilaf pendapat tentang kewajipan berubat ketika sakit. Ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Sekiranya seseorang itu sakit, adakah dia wajib berubat atau tidak? Sekiranya dia memilih untuk tidak berubat dan reda serta tidak mengeluh terhadap ketentuan Tuhan, adakah dia berdosa atau tidak? Ini adalah perkara yang diperselisihkan oleh ulama.

Allah Ta’ala lebih mengetahui, namun jika tindakan tidak berubat itu tidak menyebabkan dia mengeluh terhadap Tuhan atau menyusahkan orang lain, hanya melibatkan dirinya sendiri, maka sebahagian ulama mentarjihkan bahawa dia mempunyai pilihan. Jika dia berubat, dia mendapat pahala kerana menjaga dirinya, sesuai dengan sabda Nabi, *”Wa inna linafsika alaika haqqan,”* yang bermaksud bahawa diri kamu itu mempunyai hak yang mesti kamu tunaikan, iaitu menjaga diri.

Namun, apabila kita melihat orang lain sakit, kita disuruh untuk menyelamatkannya, terutamanya orang yang di bawah tanggungan kita seperti anak-anak. Jika pakar mendapati bahawa vaksin adalah sesuatu yang menyelamatkan, tetapi kita enggan memberikannya tanpa sebab yang munasabah, melainkan berdasarkan sangkaan yang tidak berasas seperti konspirasi Yahudi atau sebagainya, dan akhirnya menyebabkan penyakit menimpa orang di bawah tanggungan kita, maka itu boleh membawa kepada dosa.

Saidina Umar pada Tahun Panas Kemarau

Saidina Umar pada Tahun Panas Kemarau

Kita membaca sirah orang-orang yang terdahulu daripada kita, seperti Umar bin Khattab radhiallahu anhu, yang terkenal dengan keadilannya. Salah satu peristiwa yang terkenal pada zaman pemerintahan Umar bin Khattab ialah tahun *Amul Ramadah*, yang juga dikenali sebagai tahun panas dan kemarau. Ramai rakyat ketika itu tidak mempunyai makanan. Umar tidak akan makan melainkan setelah beliau memastikan semua rakyatnya telah makan. Dikatakan bahawa pada tahun kemarau tersebut, kulit Umar menjadi kuning kerana kurang makan.

Apabila Umar dijamu di tempat-tempat tertentu sebagai khalifah, dan melihat ada rakyat yang tidak makan, dia akan menolak untuk makan. Beliau berkata, “Alangkah buruknya aku ini sebagai pemerintah jika aku makan yang sedap-sedap sedangkan rakyatku dalam kesusahan.” Keadaan ini menunjukkan betapa soleh dan waraknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab. Allahuakbar.

Suatu hari, apabila orang memintanya makan, Umar menjawab, “Bagaimana aku dapat memahami perasaan rakyatku jika aku tidak merasai penderitaan yang mereka rasakan?” Kewarakkan Umar sampai ke tahap bahawa ketika beliau berjalan, perutnya berbunyi kerana kelaparan. Dalam bahasa Arab, bunyi ini disebut “qarqar”. Ketika perutnya berbunyi, Umar berkata kepada dirinya, “Wahai Umar, biarlah perutmu berbunyi apa saja yang ia mahu. Demi Allah, engkau tidak akan memakan makanan yang sedap melainkan setelah rakyatku dapat memakannya.”

Apa Beza Bughah, Khawarij Dan Demonstran

Apa Beza Bughah, Khawarij Dan Demonstran

Maka, para ulama berkata, padahal mereka keluar dengan senjata, masalah mereka besar. Maka ada beza antara Bughah khawarij dengan orang demonstrasi dalam negara demokrasi. Bughah yang disuruh perang oleh kitab Fiqh membawa senjata, khawarij bawa pedang. Senjata yang mereka bawa ni hanyalah kertas dan baju kuning, itu masalah mereka. Baju apa mereka pakai itu masalah lain. Jadi, kita tak boleh samakan, sebab para fuqaha tidak menyamakan.

Bahkan, apabila mereka memperkatakan tentang Bughah , mereka menyatakan bahawa tidak boleh, dan tidak jika mereka tak bawa senjata. Jika mereka itu bukan *zoo shawkah* (orang yang ada senjata), maka kerajaan tak boleh bunuh mereka dengan senjata. Jika mereka berunding, kitab mereka kata kerajaan hendaklah berunding. Bahkan, sesetengah kitab mereka kata jika hujah Bughah benar, kerajaan hendaklah mendengar hujah mereka.

Oh, fuqaha kita mendahului zaman. Kalau hujah mereka pun sahih, dalil-dalil mereka sahih, kerajaan hendaklah menegakkan keadilan seperti mana yang mereka sebut. Allah menyebut: *”Wa in ta’ifatani minal mukminin iqta tatalu fa aslihu baynahuma, fa in baghat ihda humaa ‘alaal ukhra faqaatilu allathi tabghi hattha tafia ila amrillah”*. Walaupun ada yang kata ayat ini asalnya merujuk kepada Bughah , nak kenakan pada Aisyah. Aisyah bukan Bughah saya kata, tapi ayat ni Allah kata jika dua puak di kalangan orang Islam berperang, Allah tak kata peranglah yang di pihak yang menentang pemerintah. Allah kata jika dua puak di kalangan orang Islam berperang, maka hendaklah kamu damaikan keduanya. Jika salah satunya melampau kepada yang lain, maka hendaklah kamu perangi yang melampau itu.

Antara Artis Dan Nyanyian

Antara Artis Dan Nyanyian

Namun, orang kita kena bezakan. Ada perbezaan antara nyanyi, dia menyanyi dengan dia menjadi artis. Artis dalam erti kata dia tampil menunjukkan badan, ciri-ciri diri dia. Artis dalam konteks sekarang ni, kita nak kena tengok apa yang dia buat. Bukan kerana kebaikan bahasa dan nasihat dia, tapi kerana penampilan dia.

Ada artis, kalau hidung tak mancung atau rupa tak segak, tak laku. Nyanyi sedap mana pun bolehlah tahan setakat seminggu dua, tapi kena ada sebab orang nak tengok, lawa sikit. Sebab tu, Mekah artis ni gambar dia dibuat iklan promosi barang dan seumpamanya. Itu lain daripada maksud dia menyanyi.

Kalau ada satu kenduri, tiba-tiba seorang perempuan dia menyanyi nasyid umpamanya, dan dia tak keluar bersolek yang melampau. Dia menyanyi nasyid, dia menyebut lirik-lirik nasihat yang tentu, adakah salah? Pada zahir hadis, tak salah. Ini berbeza dengan dia tampil menjadi artis dan dia memperkenalkan unsur lain yang salah. Ha, ha, Allah Taala.

Jangan Lakukan Perbuatan Ini Jika Anda Musafir Dan Solat Jamak Qasar Di Masjid

Jangan Lakukan Perbuatan Ini Jika Anda Musafir Dan Solat Jamak Qasar Di Masjid

Pertama, kita mampu untuk sembahyang dulu Maghrib tiga rakaat, kemudian ikut imam sembahyang Isyak. Itu lebih baik kerana mengikut tertib di sisi sebahagian ulama yang mengatakan pentingnya mengikut tertib waktu. Tetapi dalam mazhab Syafie, mereka mengutamakan waktu solat. Maksudnya, kalau sudah masuk waktu Isyak, sembahyang Isyaklah dulu. Itu pandangan mazhab Syafie. Jadi, kalau waktu Isyak, sembahyang Isyak dulu baru sembahyang Maghrib. Dalam mazhab Syafie, memang begitu. Mana-mana yang tuan-tuan buat, solat berkenaan tetap sah.

Yang tidak boleh, dia mai mai sembahyang berjemaah, tapi dia buat jemaah lain dulu sebelum jemaah yang betul, kemudian dia keluar. Itu tak boleh. Satu lagi, jika sekiranya dia duduk dalam masjid dan sudah sembahyang, kemudian orang azan, dia tak keluar. Dia sembahyang bersama imam, walaupun dia sudah sembahyang sebelumnya. Jadikan sembahyang itu sebagai sunat, dan ikutlah imam.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak