Saf Dalam Solat

Saf Dalam Solat

Jadi, apabila Nabi Muhammad SAW menjadi imam, baginda akan memeriksa saf untuk memastikan saf itu lurus. Imam masjid sepatutnya melakukan perkara yang sama, bukan hanya memegang mikrofon dan takbir sahaja. Kadang-kadang dalam solat, bacaan yang panjang diperlukan, terutama dalam solat fajar. Jika menjadi imam, periksa saf di belakang, pastikan saf itu lurus sebelum memulakan solat.

Orang Islam sentiasa perlu berdisiplin, tidak perlu masuk tentera untuk belajar disiplin. Dari kecil, mereka diajar untuk berbaris dengan lurus, ini adalah satu disiplin yang penting. Namun, peliknya, orang Islam tidak berdisiplin dalam hal ini. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Jangan kamu berbeza dalam saf, nanti hati kamu juga berbeza.” Sebab itulah, di kampung jika hati berbeza, saf di masjid pun tidak sama, atau sebahagian besar orang tidak pergi ke masjid.

Sababul Wurud dan Perasaan Dalam Peperangan

Sababul Wurud dan Perasaan Dalam Peperangan

Hadis-hadis yang seperti ini timbul perbincangan tentang keganasan, terutama kalau dibaca di Barat. Maka mereka akan menyatakan bahawasanya ini 1 teroris. Nabi bersikap brutal, apa banyak orang, dan seumpamanya. Pertama, hadis ni sahih diriwayatkan oleh al Imam Bukhari. Pertama, kita nak tahu kes apa dulu, dan kemudian keadaan macam mana. Kemudian berlaku penarikan hukuman nabi riwayat riwayat Ibnu Ishak dan selainnya meriwayatkan bahawasanya khubar Ibnu Aswad ini. Dia telah pergi mengekori anak nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Zainab binti Rasulullah. Dan dia buat perkara tak elok sehingga Zainab terjatuh daripada kenderaannya. Untanya dan cedera, tapi tujuan dia tujuan yang tak elok dan situasinya ialah situasi peperangan.

Kita tak boleh samakan keadaan di medan perang dengan keadaan di luar daripada medan perang ini yang saya bukan dulu saya sebut pada tuan-tuan. Kita bukan membela mereka yang melakukan aktiviti yang dianggap sebagai ganas di Irak. Tetapi kita faham kadangkala tentu mereka mempunyai situasi yang tidak sama yang dihadapi oleh kita. Tangkap 1 orang dan pancung kepalanya, jika dirakam di dalam rakaman video, memang kelihatan sangat kejam. Tetapi jika kita mengetahui orang yang memancung itu, keluarganya terbunuh, isterinya terkorban, anak perempuannya dirogol, rumahnya runtuh, anak kecilnya putus kaki, ada yang putus tangan, ibunya mati, ayahnya mati kerana dibom oleh tentera Amerika, lalu timbul kebencian yang tinggi dalam diri dia.

Reserve Tempat Dalam Solat

Reserve Tempat Dalam Solat

Tidak ada Reserve saff untuk sesiapa dalam masjid. Ha, kadang-kadang protokol tu lebih daripada yang patutnya. Kan rumah Allah.

Rib’ie bin ‘Amir dalam Misi Islam

Rib’ie bin ‘Amir dalam Misi Islam

Sebab tu saya selalu ulangi, apabila Islam bertemu dengan Parsi, orang Parsi tidak faham kenapa orang Arab yang dahulunya sentiasa meminta bantuan daripada Parsi dan lemah, tiba-tiba apabila terkena dengan ajaran Muhammad, ia bergerak dan membentuk kerajaan serta ingin bertempur dengan Parsi. Pada pemikiran orang Parsi, barangkali orang Arab menghadapi krisis makanan ataupun sudah tidak cukup bekalan.

Sebab itu Rostam, panglima tentera Parsi, apabila berjumpa dengan orang Badwi yang dihantar oleh Saad bin Abi Waqqas untuk bertemu dengan Rostam dengan keadaan yang selekeh iaitu Ibrahim bin Amir, seorang sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ustaz bertanya kepada Ibrahim yang kelihatannya sangat kampung dengan bajunya yang buruk dan tidak memiliki serban, mengikat kepalanya dengan hanya tali dan kasutnya yang begitu compang-camping. Orangnya hanya selekeh, bukan orang kaya yang datang ingin memerangi Parsi.

Rostam tanya, “Apa yang kau nak?” Ibrahim memberikan satu jawapan yang jelas walaupun ia bukan keluaran universiti, tak ada masa, tidak ada PhD, tetapi ia mengambil makna dakwah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Ibrahim menyimpulkan kesemua tujuan kedatangan Islam menghadapi kerajaan-kerajaan dengan suatu lafaz yang jelas. Kata Ibrahim, “Ibt’athana Allah li nukhrija man sha’a min ‘ibadat al-‘ibad ila ‘ibadat Allah wahdah wa min jawr al-adyan ila ‘adl al-Islam wa min diq al-dunya ila sa’at al-dunya wa al-akhirah.”

Buku Pelik Tapi Benar Dalam Solat

Buku Pelik Tapi Benar Dalam Solat

Ada buku yang diharamkan kadang-kadang tanpa alasan yang kuat. Saya juga ingin komen salah satu buku yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Pelik tapi benar, dalam solat saya tengok buku tu tak ada apa-apa. Diceritakan soalan Nabi yang budak-budak kadang-kadang Rasulullah. Memang benar Rasulullah pernah dukung cucunya, Umama binti Abi As, solat dukung cucunya. Benar, ada dalam Sahih Bukhari.

Orang yang mengaji hadis tahu semua benda ni. Pergerakan dalam solat yang diizinkan, baca di dalam satu sunnah. Seksaan tengok buka pintu dalam solat pernah berlaku, Rasulullah memang ada dalam hadis. Penulis tu tak bohong. Tapi oleh kerana panel itu rasa keliru, dia kata buku diharamkan kerana mengelirukan. Dia keliru, dia haramkan buku tu. Awak keliru, awak patut rujuk pada hadis. Kemudian awak keliru, awak haramkan bahan. Jadi semua bahan diharamkan.

Siap Tempat Duduk Dalam Neraka

Siap Tempat Duduk Dalam Neraka

Menyebarkan hadis palsu, sekalipun dia ustaz, serban besar, atau penceramah motivasi terkenal, perbuatan itu adalah pendosa dan haram serta termasuk dalam dosa besar. Sebar ni, sama ada dia ceramah, dia baca, atau dia tulis buku dan edar, seperti buku fadilat, syaabah yang penuh dah dia dia masuk yang dijual hidup itu tinggalan, atau tuan-tuan, atau dia SMS bagi satu hadis tanpa terangkan ia adalah hadis palsu, kesemuanya itu termasuk dalam larangan nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Hukum Berseorangan Dalam Saf

Hukum Berseorangan Dalam Saf

Sedangkan ulama yang perbezaan tadi, dia kata tak sah solat daripada Rasulullah. Ain saya tak ingat, Syafie ke, saya rasa Syafie dia kata makruh saja. Maksudnya, kalau solat belakang-belakang seorang-seorang ni kan saf dah penuh depan, saf dah penuh, dia solat seorang-seorang kat belakang, makruh. Doktor Yusuf

Bolehkah Wanita Haid Masuk ke dalam Masjid

Bolehkah Wanita Haid Masuk ke dalam Masjid

Di atas dalil yang jelas, al-Imam Ibnu Hazmin al-Andalusi, dia kata, “Bahawasanya orang haid boleh masuk masjid.” Sebab, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, masa Aisyah orang wanita haid, dia tak bagi wanita haid tawaf. Aisyah tak tawaf kerana dia haid. Kalau sekiranya masuk masjid tu tak boleh dari awal lagi.

Mengapa Wanita Dalam Masjid Duduk Belakang Sebalik Langsir?

Mengapa Wanita Dalam Masjid Duduk Belakang Sebalik Langsir?

Cuma mungkin bertanya, kenapa dia ada langsir ni? Kerana biasanya perempuan kadang-kadang, pada zaman nabi, tidak ada langsir ni, maksudnya tidak ada halangan. Tapi di Malaysia dan banyak negara, ada halangan ni kerana kadangkala perempuan nak salin pakaian, so dia tak suka orang lelaki nampak dia.

Kenapa Rasulullah dikebumikan dalam Rumah?

Kenapa Rasulullah dikebumikan dalam Rumah?

Dalam Islam, tidak ada hantu seperti yang dikatakan orang Melayu. Mereka buat cerita hantu untuk kedai makan yang tidak laku, kata kedai itu ada hantu supaya orang lain tidak pergi ke sana. Padahal, kedai itu tidak laku sebab makanan tidak sedap, dan semua itu cuma hantu buatan orang sahaja.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak