Cara Dakwah Mengikut Islam: Dr. Asri

Cara Dakwah Mengikut Islam: Dr. Asri

Orang dakwah perlu berfikir seperti Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, terutama dalam menyampaikan dakwah kepada mereka yang mempunyai kedudukan. Tak kiralah kedudukan apa, kita berhadapan dengan dua keadaan: adakah kita mahu kerusi itu untuk diri kita, atau kita mahu mengislamkan pemilik kerusi tersebut? Kedua-duanya ada kepentingan. Jika kita ingin supaya kerusi itu Islam, itu tidaklah seteruk berfikir kita perlu mendapatkan kerusi tersebut terlebih dahulu. Namun, jika tujuan kita adalah untuk mengislamkan individu tersebut, tidaklah semestinya kita berebut dengan mereka.

Kita seharusnya berdakwah kepada mereka dan meminta agar mereka menerima konsep Islam. Terdapat banyak pemimpin yang kelihatan keras, tetapi apabila dakwah itu disampaikan dengan berterusan, mereka dapat berubah. Walaupun ada yang bertanya, “Eh, betulkah perubahan ini?” kita perlu ingat bahwa hukum yang zahir itu diuruskan oleh Allah Taala. Apabila kita tidak berebut dengan mereka, mereka tidak akan bersangka buruk terhadap kita. Mereka akan faham bahawa kita ingin mereka menerima konsep Islam dan bukan merebut tempat mereka.

Hal ini telah dilakukan oleh para ulama seperti Imam Ahmad, Imam Syafi’i, dan Ibnu Taimiyah. Dalam konteks kejayaan dakwah, kita perlu ingat bahawa ia bukan hanya tentang hasil. Banyak cara dakwah yang berbeza, ada yang berjaya dan ada yang tidak. Namun, yang penting adalah cara kita melaksanakannya. Mengambil alih bangunan-bangunan besar di Kuala Lumpur mungkin tidak termampu, tetapi jika kita berjaya mengislamkan tuan bangunan tersebut, maka bangunan itu akan menjadi milik orang Islam. Dengan demikian, kita perlu meneliti dan mendalami strategi dakwah kita untuk mencapai matlamat yang ultimate.

Sunnatulah Dakwah

Sunnatulah Dakwah

Tuhan kata, kami tahu wahai Muhammad, sedih hati engkau di atas apa yang mereka katakan. Mereka sebenarnya tidak menyatakan kau dusta tapi jenis memang keras kepala. Telah didustai rasul-rasul sebelum daripadamu, wahai Muhammad, dan rasul-rasul itu sabar di atas apa yang mereka akan hadapi daripada kesakitan dan penderitaan sehingga datanglah pertolongan kami. Dan tidak akan berubah sunnah Allah, tidak akan berubah kalimah Allah.

Apa yang tak berubah? Kalau satu hari Islam akan menang, tak berubah. Satu benda yang tak akan berubah, siapa yang berdakwah cara betul hang mesti tanggung risiko. Benda tak boleh ubah. Jadi Allah Taala ingatkan rasul dia. Allah kata lah mubat dilali kalimahtilah. Benda ni tak boleh ubah wahai Muhammad. Macam mana rasul dulu sakit, hang kena sakit macam ni kerana ini perjalanan dakwah. Nanti akan datang pertolongan Allah. Azan dulu, nanti kita cerita tentang perjanjian Aqabah apa yang Kaab maksudkan.

Dakwah Tidak Bermusim

Dakwah Tidak Bermusim

Dan seruan para nabi kepada orang ramai supaya beristighfar kepada Allah Subhanahuwataala boleh kita baca dalam surah Nuh. Nabi Nuh Alaihissalam dia nasihatkan kaumnya. Nabi Nuh mengadu kepada Tuhan, “Wahai Tuhanku, aku dakwah aku suruh kaumku malam dan siang, tetapi tak menambah apa-apa seruanku melainkan mereka lari saja.”

Tuan-tuan, Nabi Nuh dakwah kepada kaumnya kempen tak berhenti, kempen berterusan. Ugama ini kempen berterusan. Tuan-tuan jadi ustazkah, tuan-tuan tak jadi ustazkah, kempen agama berterusan. Pendakwah ini bukan ada hari dia berhenti, pencen dakwah tak ada. Di mana sampainya orang Islam, di situ sampainya dakwah. Tak ada dalam agenda dakwah ini, “Ha ni musim dekat dah ni kita kena mula berceramah.” Tak ada yang tu. Orang yang dakwah kena cari habuan saja. Adapun orang dakwah tak ada musim dia. “Aa ni musim dekat ni nak kena pulun sikitlah.” Tak ada yang ni tak ada.

Allah Taala ini seru semua, bukan orang pergi seru satu-satu juzuk saja. Bab sembahyang pun orang tak habis.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak