Dakwaan Masuk Ke Makam Rasullullah

Dakwaan Masuk Ke Makam Rasullullah

Hmm, soalan macam ni tak payahlah. Kadang-kadang, kalau ada seorang ni, tak payah nak fikir sangat. Biar pi lah orang nak masuk ke tak. Kalau dia kata dia masuk, dia masuklah. Apa nak politik benda-benda macam tu? Nak bising masuk tak masuk, apa kepentingan kita? Dia pergi, dia nak masuk ke, pemimpin politik ke, dia masuk, dia masuklah. Kalau dia tak masuk, apa masalahnya? Kalau dia kata dia masuk, ya sudah, masalah apa? Nak bising-bising masalah lain, bising masalah masuk tak masuk, macam kartun.

Geng 1, geng Syiah penulis novel Syiah tu, dia bising. Dia kata ada orang Indonesia. Saya baru balik dari Indonesia, melawat Indonesia, ada pelancaran buku saya di sana. Jadi, mereka ni tangkap gambar saya. Jarang saya buat gaya-gaya tangkap gambar ni, kadang-kadang habis tangkap saya buat macam ni, mereka kata ajak mari kita buat macam ni. Puak Syiah tu geram kat saya sebab aktiviti mereka tu hilang, mereka cari tak jumpa, dia kata saya buat isyarat ISIS. Pemberita yang tanya pun salur berita yang memang duk pening cam tu lah. Saya pun tunjuk gambar Perdana Menteri Malaysia buat cam ni, ha ha. Hmm, takkan IC juga?

Dakwaan Membawa Soalan Bocor Dari Allah?

Dakwaan Membawa Soalan Bocor Dari Allah?

Ini satu dakwaan yang sangat bahaya dan orang yang mempercayai dia bahawasanya dia mendapat mesej daripada Allah, bererti mesej tu dialah Messenger. Dia adalah Rasulullah. Ertinya mereka mendakwa ada lagi rasul selain daripada Nabi Muhammad. Ini sangat bahaya kerana kita wajib beriman bahawa Nabi Muhammad adalah penutup kepada sekalian nabi.

Ada pun mimpi, kalau dia mimpi satu mimpi untuk personal, macam kita tadi, kita pun tak pasti mimpi itu mungkin benar daripada Allah atau mungkin daripada syaitan. Itu tak ada isu, isu personal. Tapi apabila dia kata Allah menurunkan titah kepadanya untuk menyampaikan titah itu pada manusia, ertinya dia claim dia rasul. Siapa yang percaya bererti orang itu percaya dia adalah rasul.

Ini adalah bukan soal kecil, ini soal yang boleh mengeluarkan dia daripada asas akidah yang penting iaitu mempercayai Muhammad bin Abdullah penutup kepada sekalian rasul. Ini sangat bahaya. Ya, baik, terima kasih, prof Datuk.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak