Wudhu dan Najis Cicak? Penjelasan Dato’ Dr. Maza
Ustaz ada berkata bahawa air sembahyang tidak batal sekiranya terkena najis cicak. Ha ha, apa masalahnya? Air sembahyang tak batal; basuh je lah najis cicak itu. Kita kadang-kadang salah faham antara batal dan najis.
Jika kita ada wuduk dan terkena najis, kita hanya perlu basuh najis itu. Wuduk kita kekal. Jika dikatakan batal, itu bermakna kita perlu memperbaharui wuduk. Jadi, kita perlu bezakan antara apa yang dianggap batal dan yang hanya sekadar najis.
Contohnya, jika seorang lelaki memakai sutera, hukum pakai sutera adalah haram. Namun, jika dia memakai tali leher sutera, hukum tali leher itu juga haram. Tetapi, apabila dia pergi solat, sahkah solatnya? Jawapannya adalah sah, walaupun pakaian tersebut haram.
Begitu juga, jika seseorang mencuri baju di supermarket dan kemudian solat, ada ulama yang mengatakan solatnya tidak sah. Namun, pandangan yang sahih adalah solatnya tetap sah; hanya baju itu yang haram.
Dalam situasi lain, jika seseorang membeli sesuatu semasa azan Jumaat, pembelian itu sah. Namun, perbuatan tersebut adalah haram. Jika dikatakan hak milik, pemindahan hak milik itu tidak berlaku, kerana perbuatan pada waktu itu adalah dilarang.
Jadi, penting untuk kita memahami perbezaan antara batal dan haram dalam konteks ini.
Wudhu terkena Najis Cicak
Kita kena bezakan antara yang kata batal dan yang kata benda yang batal dan benda yang dianggap sebagai haram. Contoh, saya buat contoh banyak kali. Satu orang lelaki pakai sutera, apa hukumnya? Haram. Dia pakai tie sutera, hukum dia apa? Sutera betul. Dia pergi solat, sah tak solat? Dah sah. Sah pakaian tak?