Habil & Qabil: Adakah Cerita Israeliat? – Dato’ Dr. Maza
Adakah kisah Qabil dan Habil adalah israiliyat? Kisah Qabil dan Habil ini sebenarnya tidak ada dalam kitab Israel. Cerita itu terdapat dalam Quran, di mana Rasulullah sallallahu alaihim wa sallam menceritakan tentang Abdullah, anak Adam. Dalam Quran, Allah tidak menyebut nama Qabil dan Habil, tetapi merujuk kepada mereka sebagai “Ibnu Adam,” iaitu dua orang anak Adam.
Riwayat israiliyat menyatakan nama mereka sebagai Qabil dan Habil. Jika ada orang menyebut Qabil dan Habil, kita tidak boleh mengatakan itu salah, tetapi juga tidak dapat mengesahkan kebenarannya. Nama mereka mungkin benar sebagai Qabil dan Habil, atau mungkin nama lain. Namun, yang pasti, asas cerita ini ada dalam Quran dan merupakan suatu pengajaran yang penting.
Ustaz Ahmad Jailani: Kenapa Banyak Cerita Pelik dalam Tarekat Sesat?
Ada orang tanya saya, “Ustaz, rasa pasal apa dalam tarekat yang sesat ni?” Saya sebut “syarikat yang sesat” sebab saya tak mahu tuan-tuan kata saya kata semua syarikat ni sesat. Tidak, kita tak kata semua sesat. Hak mana kerajaan kata sesat, yang itu yang kita nak cerita.
Baik, tuan-tuan. Ada orang tanya saya lagi, “Ustaz, pasal apa orang terikat dengan tarekat yang sesat ni?” Dia suka cerita yang pelik-pelik saja. Saya jawab, “Wallahualam, saya pun tidak pasti.” Tapi, berdasarkan pemerhatian saya, ketika saya tinggal di Eropah, khususnya di UK selama empat tahun, saya lihat budaya di sana.
Di UK, contohnya, saya pergi ke Dublin di Ireland. Orang Mat Salleh ni, tuan-tuan, mereka suka mabuk. Kawan-kawan saya yang kerja dengan saya pun mengaku bahawa mereka suka mabuk. Bila kita tanya mereka pasal apa mabuk, mereka jawab, “Bila kita ada masalah, kita mabuk. Kita hilang sekejap kerisauan tentang masalah tu.”
Ini adalah perangai budaya orang Eropah, khususnya orang Inggeris. Bila mereka ada masalah, mereka mencari cara untuk menghilangkan kerisauan tersebut dengan mabuk.
Orang Islam kita pun, tuan-tuan, ada tendensi yang sama. Kita semua ada masalah, tidak ada di kalangan kita yang bebas dari masalah. Kita bergaduh dengan isteri, bergaduh dengan suami, bergaduh dengan rakan kongsi perniagaan, dan juga dengan pelanggan serta majikan. Kita penuh dengan masalah.
Bila kita ada banyak masalah, kita mencari tempat untuk mendapatkan sedikit hiburan agar dapat melupakan bebanan tersebut. Bagi orang yang mencari agama, mereka biasanya akan mencari ketenangan melalui agama. Namun, jika mereka pergi ke tempat yang salah dan berjumpa dengan orang yang salah, ditambah pula mereka tidak mempunyai ilmu asas untuk membezakan antara yang benar dan yang salah, maka mereka akan terlibat dengan hal-hal yang sesat.
Mereka diberikan cerita-cerita yang tidak jelas asal-usulnya, cerita-cerita alam khayalan. Inilah antara perkara yang dilakukan oleh golongan yang terlibat dengan tarekat-tarekat yang sesat.
Cerita Pelik Memang Orang Suka?
Ulama-ulama dulu, saya nak sebut, Ibnu Jauzi, sebelum saya nak bagi balik kepada pengerusi, al-Imam Ibnu Jauzi, dia tulis buku dan kritik tentang orang yang penceramah dan pencerita penglipur lara. Begitu juga ulama hadis dan tokoh ilmu seperti Ishak bin Ahmad al-Alasi. Tokoh dalam mazhab Hambali terkenal yang memberikan salah kepada Ibnu Jauzi. Mereka berkata kepada Ibnu Jauzi bahawa ceramah hang tu ada mengarut, ceramah hang tu ada benda yang tak betul. Jika hang tak tarik balik atau tak taubat, kami akan tulis poin-poin ceramah hang yang tak betul. Padahal, Ibnu Jauzi sendiri banyak mengkritik orang lain, tetapi maksudnya, di antara ketika Ishak bin Ahmad al-Alasi menulis, dia kata, antaranya sebabnya dia tulis ialah kerana nak jaga supaya jangan jadi macam Bani Israel. Kanula ya tanah hawaan munkarin falu, mereka itu tidak menghalang kemungkaran yang dilakukan.
Padahal, tokoh besar tu maksudnya kita mesti, apabila orang tanya pasal apa buat majlis malam ni, kita mesti mengingatkan golongan-golongan penceramah. Bukan kita benci kat mereka, kuliah ni nasihat tu perlu, tetapi mencampurkan dengan kisah-kisah mengarut ini merosakkan agama.
Pereka Cerita Punca Perpecahan Umat
Dalam sejarah Islam, terdapat perkara yang tidak benar yang telah mewujudkan perpecahan sepanjang sejarah. Kita ada mazhab Syiah yang muncul hasil daripada krisis politik antara Ali dan Osman, yang sehingga hari ini kita warisi. Sebab itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberi amaran bahawa perkara yang paling bahaya ialah hadis-hadis yang bukan diucapkan oleh Nabi, tetapi dikatakan sebagai hadis.
Nabi telah memberi amaran bahawa bahaya yang paling besar datang daripada mereka yang mengada-adakan hadis yang palsu. Dalam media sosial hari ini, kadang-kadang kita dengan mudahnya menyebarkan dan meneruskan perkongsian hadis-hadis palsu. Dusta terhadap aku (Nabi) tidak sama dengan dusta terhadap orang lain. Siapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, siaplah tempat duduknya dalam api neraka.
Pendustaan ini, terutamanya melalui hadis palsu, telah menyebabkan banyak perbalahan dan tercetusnya ajaran-ajaran yang berbeza, yang semuanya bersandarkan kepada hadis yang tidak benar. Allah itu yang paling besar, dan akibat daripada rekaan inilah tercetusnya permusuhan. Wujudnya golongan khawarij dan syekh yang berperang telah meragut nyawa ribuan orang pada zaman Ali bin Abi Thalib.
Cerita Yang Tidak Benar Tentang Saidina Umar
Saya dengar Umar masa jahiliah begitu juga dahsyat dia. Segala tenaga dia digunakan untuk keburukan. Tapi takde lah cerita saya dalam rumah bunuh anak dia tu. Ah, orang kita dia suka cerita cerita tu, tak sabit. Nah, senaman masa jahiliah, kononnya korek tanah tanam anak perempuan dia, semua anak perempuan dia dia bunuh. Nak tunjuk kawan manis, keras hati orang jahiliah bunuh anak perempuan, betullah. Tapi senaman bunuh kita tak tahu, tak dak, takde rekod. Kalau dia bunuh, yang kahwin dengan Nabi itu Hafsah binti Umar tu anak Saidina Umar. Kalau dia bunuh, macam mana yang besar kahwin dengan Nabi? Hafsah tu lahir semasa jahiliah.
Ada macam-macam cerita yang dikaitkan dengan Saidina Umar ni yang tak benar. Anak Saidina Umar minum arak lah, Saidina Umar pukul sampai mati. Mana ada dalam Islam pukul sampai mati? Ataupun berzina kononnya. Dia kata makan, suruh makan nasi dulu. Konon-konon cerita ustaznya tengok, balik-balik suasana rumah, tengok anak dia duk tengah makan nasi. Kita jaranglah berjumpa riwayat ni, sahabat ni makan nasi, makan roti je lah sebab dia dulu. Sebab dia sampai 100 rotan, sampai mati dalam Islam tuan-tuan. Orang yang berzina ni sebab 100 rotan tak mati. Angkat pun tak boleh lebih daripada hak. Dia tak boleh dipukul pada musim yang terlalu sejuk, tak boleh dipukul pada musim yang terlalu panas. Bukan nak membunuh.
Banyak cerita ni kutip, ustaz-ustaz jadi jadian ni dikutip ikut jalan cerita lah. Masjid jahanam orang ramai.