Pemimpin Terpaksa Cakap Berlapik Tentang LGBT
Baru-baru ini, saya sebut kepada tuan-tuan tentang isu LGBT. Dahulu, sekitar 30 hingga 40 tahun yang lalu, LGBT dianggap sebagai sesuatu yang songsang dan haram. Orang ramai boleh sebut terang-terangan dan mengutuk perbuatan ini. Mungkin ada segelintir orang Melayu yang terlibat dalam parti tertentu yang membiarkan golongan pondan, tetapi majoriti masyarakat tetap menganggapnya haram. Orang boleh berceramah secara terbuka tentang keharamannya.
Namun, hari ini, jika tuan-tuan menjadi seorang ahli politik atau pemimpin negara, tuan-tuan tidak akan berani mengatakan bahawa LGBT ini haram dan dikutuk. Lihat sahaja Obama, yang kelihatan tegas, tetapi beliau sendiri tidak berani mengutuk LGBT. Begitu juga dengan David Cameron, yang dahulu mendakwa bahawa United Kingdom adalah negara Kristian, tetapi bila berdepan dengan isu LGBT, beliau tidak berani menentangnya. Paderi-paderi di kebanyakan negara turut menerima LGBT, dan jika pun mereka tidak menerima, mereka akan cuba bercakap secara berhati-hati, mungkin dengan menyatakan bahawa ia tidak sesuai dengan budaya kita di Timur, tetapi mereka tetap tidak berani menolaknya secara terang-terangan.
Cikgu Suka Cakap Bodoh
Bodoh, kena kata bodoh. Faham? Barulah manusia ni dapat berubah. Faham, eh? Aa, sebab Allah sebut penuh dalam Quran. Ini zalim, ini orang zalim, ini orang jahat, ini orang fasik, ini orang berdosa, ini orang syirik. Faham? Penuh dalam Quran. Nak sampai ayat bodoh dulu lagi. Allah sebut,