Buku Pelik Tapi Benar Dalam Solat
Ada buku yang diharamkan kadang-kadang tanpa alasan yang kuat. Saya juga ingin komen salah satu buku yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Pelik tapi benar, dalam solat saya tengok buku tu tak ada apa-apa. Diceritakan soalan Nabi yang budak-budak kadang-kadang Rasulullah. Memang benar Rasulullah pernah dukung cucunya, Umama binti Abi As, solat dukung cucunya. Benar, ada dalam Sahih Bukhari.
Orang yang mengaji hadis tahu semua benda ni. Pergerakan dalam solat yang diizinkan, baca di dalam satu sunnah. Seksaan tengok buka pintu dalam solat pernah berlaku, Rasulullah memang ada dalam hadis. Penulis tu tak bohong. Tapi oleh kerana panel itu rasa keliru, dia kata buku diharamkan kerana mengelirukan. Dia keliru, dia haramkan buku tu. Awak keliru, awak patut rujuk pada hadis. Kemudian awak keliru, awak haramkan bahan. Jadi semua bahan diharamkan.
Ada Buku Mazhab Sebut Bid’ah Hasanah
Tuan-tuan tengok muka surat 24. Berkata Ibnu Rejab al-Hambali, ni Ibnu Rejab al-Hambali ni, kata dalam buku dia *Jamal al-Ulum wal-Hikam*, dia kata: “As-Syafi’i berkata, yakni al-Imam Syafi’i rahimahullahu Taala, imam yang besar, imam yang mulia, bidaah itu ada dua jenis, bidaah mahmudah dan bidaah mazmubah, yakni dipuji dan dikeji. Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji, apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.”
Ibnu Rejab teruskan lagi: “Maksud As-Syafi’i rahimahullah ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini, bahawa bidaah mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariah untuk dirujuk kepadanya. Inilah bidaah pada istilah syarak. Adapun bidaah mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah, iaitu apa yang ada baginya asal untuk dirujuk. Ini adalah bidaah dari segi bahasa, bukan dari segi syarak kerana ia menepati sunnah.”