Beza Bughah, Khawarij, dan Demonstran – Dr. Asri

Beza Bughah, Khawarij, dan Demonstran –  Dr. Asri

Jiran itu, walaupun jiran, tetapi hadis Nabi bukan cakap tentang kita berbincang antara jiran dan pemerintah. Sebaliknya, kita bincang bagaimana Nabi sendiri menunjukkan satu contoh. Bahawasanya, jika seorang itu tidak boleh mengubah kemungkaran atau kezaliman dengan cara kita sendiri, kita boleh meminta kawan-kawan lain yang lalu di jalan tersebut untuk membantahnya.

Dalam hadis, terdapat kisah yang mungkin menjadi pengajaran. Apabila seorang sahabat menceritakan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang jirannya yang menyakitkan, Nabi menyuruhnya untuk mengeluarkan semua barang-barangnya dan meletakkannya di jalan. Ketika barang-barang itu diletakkan di jalan, setiap orang yang lalu akan bertanya, “Apa cerita engkau?” Jiran itu menjawab, “Sesungguhnya jiranku menyakitkan aku.” Maka, setiap orang yang lalu akan mengutuk jirannya, dan akhirnya jirannya itu berkata, “Masuklah ke rumahmu, aku tidak akan menyakitkanmu lagi.” Ini menunjukkan bagaimana Nabi mengajarkan kita untuk menyelesaikan masalah jiran walaupun dengan cara yang tidak konvensional.

Walaupun seorang jiran itu mungkin tidak kuat, tetapi ramai juga orang akan mengambil tindakan jika kita berani bersuara. Jika kita fikir dari sudut untuk mengubah kezaliman suatu pemerintahan, ia mungkin lebih rumit. Saya tidak menyuruh orang untuk berdemonstrasi, tetapi saya ingin menyatakan haram secara total tanpa mengambil kira hanya orang itu keluar ke jalan. Saya rasa itu terlalu simplistik, sedangkan Nabi membenarkan tindakan individu di kalangan jiran. Kenapa tidak dengan pemerintah?

Ini kerana terdapat hadis yang menunjukkan perlunya kesabaran. Saya percaya ada kefahaman yang salah di sini. Kadang-kadang, saya terima sebahagian daripada mereka ini hanya membaca hadis tanpa memahami fiqh hadis. Membaca hadis dalam situasi yang tertentu kadangkala boleh menampakkan ketidakadilan, seakan-akan hadis Nabi memberi lesen kepada para penguasa untuk bertindak sewenang-wenangnya.

Saya tidak berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang. Namun, cara kita mengolah hadis itu mungkin kurang tepat. Percayalah, pemerintah yang ada pada hari ini pun, jika mereka turun ke bawah, mungkin mereka pun tidak mahu meneruskan keadaan yang ada. Mereka juga membaca hadis dan memahami hak-hak yang sepatutnya, tetapi terpaksa bertindak berdasarkan kepentingan.

Adakah kita benar-benar percaya bahawa pemerintah yang ada akan berani mengundang perbincangan tentang hadis-hadis larangan terhadap penipuan rakyat? Tentu mereka tidak mahu. Saya tidak mengatakan semua pemerintah kita menipu, tetapi kita perlu mengakui bahawa ada ketidakadilan yang berlaku. Jika kita membandingkan dengan sebahagian negeri-negeri dunia ketiga, kita mungkin lebih baik, tetapi cara pengolahan hadis yang kurang tepat tetap perlu diperbetulkan.

Apa Beza Bughah, Khawarij Dan Demonstran

Apa Beza Bughah, Khawarij Dan Demonstran

Maka, para ulama berkata, padahal mereka keluar dengan senjata, masalah mereka besar. Maka ada beza antara Bughah khawarij dengan orang demonstrasi dalam negara demokrasi. Bughah yang disuruh perang oleh kitab Fiqh membawa senjata, khawarij bawa pedang. Senjata yang mereka bawa ni hanyalah kertas dan baju kuning, itu masalah mereka. Baju apa mereka pakai itu masalah lain. Jadi, kita tak boleh samakan, sebab para fuqaha tidak menyamakan.

Bahkan, apabila mereka memperkatakan tentang Bughah , mereka menyatakan bahawa tidak boleh, dan tidak jika mereka tak bawa senjata. Jika mereka itu bukan *zoo shawkah* (orang yang ada senjata), maka kerajaan tak boleh bunuh mereka dengan senjata. Jika mereka berunding, kitab mereka kata kerajaan hendaklah berunding. Bahkan, sesetengah kitab mereka kata jika hujah Bughah benar, kerajaan hendaklah mendengar hujah mereka.

Oh, fuqaha kita mendahului zaman. Kalau hujah mereka pun sahih, dalil-dalil mereka sahih, kerajaan hendaklah menegakkan keadilan seperti mana yang mereka sebut. Allah menyebut: *”Wa in ta’ifatani minal mukminin iqta tatalu fa aslihu baynahuma, fa in baghat ihda humaa ‘alaal ukhra faqaatilu allathi tabghi hattha tafia ila amrillah”*. Walaupun ada yang kata ayat ini asalnya merujuk kepada Bughah , nak kenakan pada Aisyah. Aisyah bukan Bughah saya kata, tapi ayat ni Allah kata jika dua puak di kalangan orang Islam berperang, Allah tak kata peranglah yang di pihak yang menentang pemerintah. Allah kata jika dua puak di kalangan orang Islam berperang, maka hendaklah kamu damaikan keduanya. Jika salah satunya melampau kepada yang lain, maka hendaklah kamu perangi yang melampau itu.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak