Non Muslim Sebut Alhamdulillah, Astaghfirullah?
Boleh ke orang yang bukan Islam kata “alhamdulillah” atau “insyaAllah”?
Ada orang kata tak boleh, tapi kenapa tak boleh? Dia yang nak kata, kan? “Alhamdulillah” maksudnya pujian untuk Allah. Macam mana nak kata pujian untuk Allah? Oh, “all praise to Allah.” Apa nama… misalnya, ha, Chan Chan, ha ha. Maksudnya, puji untuk Tuhan. Saya nak kata, puji untuk Tuhan. Lepas tu, saya kata, “Uncle, esok datang pejabat saya, insyaAllah.” Maksudnya, kalau Tuhan izinkan, saya akan sampai. Itu maksud dia.
Adakah saya boleh marah kalau Uncle kata “insyaAllah”? Tak boleh marah, melainkan kalau orang tu cakap “Allah” untuk timbulkan provokasi. Dia ambil Allah, dia letak di tempat lain, umpamanya ini agama Buddha, dia letak Allah. Tak bolehlah, nanti keliru. Tapi kalau dia cakap “Allah” dan dia cakap “insyaAllah”, nanti saya tolong.
Saya ada kawan di Bukit Mertajam. Kalau orang beli barang pada dia, dia cakap “alhamdulillah” dan “insyaAllah.” Di Kelantan, Cina di sana selalu kata “alhamdulillah” dan “insyaAllah.” Cumanya, dari perspektif Islam, adakah orang itu telah jadi Muslim? Tak, sebab kalau nak jadi Muslim, dia kena ucap “asyhadu alla ilaha illallah” dan “wa asyhadu anna Muhammadur Rasulullah.” Maksudnya, dia kena percaya dan menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baru dia jadi Muslim. Itu pun dia kena ucap dengan kepercayaan dia.
Polis Buat Roadblock Tak Sembahyang
Sorang tu, saya tengok, ada satu penceramah yang cakap kuat. Dia pakai serban, saya tak tahu nama dia. Yang timbul kes sebab polis yang saman, saman bawa laju, haram makan duit haram, ataupun polis yang jaga buat roadblock semasa Jumaat, haram berdosa. Awak bukan bidang atau berkemahiran dalam hukum jalan raya.
Apa jadi kalau pada waktu Jumaat tak ada satu polis pun? Habis, macam-macam jenayah boleh berlaku. Sebab itu ada tugasan bergilir. Hatta tu untuk pergi sembahyang di Masjidil Haram pun masa waktu solat, bukan semua orang ada bahagian yang kena tengok kerana maslahah umum. Maka, diganti dengan solat Zohor kerana ada tuntutan yang tak boleh diabaikan.
Dia sebut, “Tak boleh disebut pakat haram hari tu.” Kalau ambil cukai selain daripada zakat, haram, aa, kacau negara ini. Kalau zakat saja, kita tak boleh hidup. Bukan siapa perintah; sama saja. Jangan keluarkan macam tu. Study hukum, study hukum. Mudah-mudahan Allah rahmati kita semua. InsyaAllah.
Lihat Keajaiban Istighfar
Bagi orang-orang yang, sesiapa saja yang melazimi qiamullail, melazimi tahajud, dia akan mengetahui nikmat tahajud. Allah suruh, seperti saya sebut, istighfar disuruh oleh Allah. Sentiasa kita beristighfar, tapi ada keistimewaan istighfar pada waktu tahajud. “Wabil ashari istighfar”.
Sebab itu, di kalangan para salaf, di kalangan mereka seperti Wakil bin Jarah umpamanya, apabila dia solat habis, dia baca Quran, dia berhenti. Habis tu, dia duduk dan beristighfar sehingga habis waktu. Istighfar tu sendiri besar fadilatnya. Memohon keampunan kepada Allah pada waktu biasa pun besar fadilatnya. Rezeki Allah bagi, beri kelapangan dalam hidup, dimudahkan urusan. Inikan pula istighfar pada waktu sahur.
Sesiapa yang melazimi istighfar 200, 500, 600, 700, seribu, sebanyak yang dia mampu, dia akan menikmati satu keajaiban, nikmat perasaan, ya, yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang beristighfar. Bertahajud dan beristighfar pada waktu-waktu itu dilapangkan dadanya.
Tok Bomoh Buat Jampi Khurafat Mesti Jadi. Macam Mana Tu?
Jampi yang tak benar ni, wallahu’alam. Tapi kita tahu bahawasanya zaman Nabi, orang jahiliah juga ada jampi. Rimad al-Azdi tadi, jampi ertinya jampi depa ni. Jadi, sama ada disebabkan syaitan tu pun mungkin depa juga panggil Allah Ta’ala dalam jampi mereka. Depa panggil Tuhan atau Allah jadikan sembuh ataupun terpelihara mereka ini. Tak pelik kerana Allah jadikan kadang-kadang manusia, makhluk manusia ni, kadangkala.
Pertama, mungkin disebabkan satu, dia pi jampi tu dia minta dengan Tuhan selamat dia jadi, ataupun mungkin dia jampi tu dia minta pertolongan syaitan. Jadi, syaitan lawan syaitan, larilah syaitan tu. Aa, sebab tu tuan-tuan, kalau bomoh hat-hat pakai jin ni, dia mai tengok, dia kata, “Hat ni saya tak boleh buat, kena cari orang lain.” Sebab apa? Jin dia tak padan dengan jin hat duk tunggu tu, kan? Sebab dia. Tapi kalau orang bukan pakai jin, dia mai tengok, dia tak dak masalah. Apa dia nak? Minta doa kat Allah Ta’ala, ya. Aa, dia minta kat Allah Ta’ala, ha.
Kadangkala, ia jadi, dan kadangkala kita tengok terjadi ni banyak, ha, banyak sebablah. Aa, tapi salah satu daripada dua hal tu. Kemudian, Tuhan jadikan pada kalimah-kalimah yang elok ni, ada penawar. Ucapan-ucapan yang baik ada penawar, sehingga sebahagian ulama tafsirkan secara literal. Dia kata, “In nominal bayani lasihrak,” daripada bayangan penerangan itu bagai sihir, yakni penerangan di ungkapan yang baik ni bagai memukau.
Lebih Utama Kumpul Duit Untuk Kahwin Atau Buat Umrah?
Ha ha, nikah dululah. Kalau dah ada kemampuan, tata amingkumulba faletazawaj kata Nabi, siapa yang mampu nikah dululah. Kalau dia ada keperluan, nikahlah kan? Maksudnya, melainkan dia tak mampu menikah, itu cerita lainlah. Kalau dia mampu kahwin, maka hendaklah dia kahwin.
Sebab itu, sebahagian kitab Fiqah walaupun tak lah tepat, dia suruh orang menikah tu dia jadi imam. Dia kata takut nanti duk sembahyang, duk teringat benda lain. Ha, sampai dia andaikan begitu.