Boikot McDonald’s: Relevankah? – Dr. Asri

Boikot McDonald’s: Relevankah? – Dr. Asri

Relevankah rekod McDonald’s saya? Saya tak tahulah. Tapi, apabila kita eksport assignment tentang McDonald’s ini, dia punya contribution memang tinggi. Untuk apa? Selain kita tidak terdesak, kita sudah tidak menjadi pengeluar. Setidaknya, kita ada casing power; kita boleh beli, dan jika kita tidak beli, orang lain mungkin akan susah hati.

Saya perhatikan, hari Isnin lepas, mereka mengadakan cabaran burger percuma. Memang jelas bahawa orang Islam, jika sensitif, akan merekod ada kesan daripada tindakan tersebut. Untuk memberikan maklumat kepada orang lain, kita tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat sesuatu. Sekurang-kurangnya, kita boleh lakukan sesuatu yang berkesan. Lagipun, saya berfikir, jika tidak makan McDonald’s sebulan, rasanya kita tidak akan mati. Kita semua pun boleh makan nasi seperti biasa.

Namun, kita perlu memberi mesej bahawa kita tidak menyukai sesuatu yang tidak betul. Kita sudah tidak ada keseimbangan, dan sebagai orang Islam, kita tidak boleh berdiam diri. Jadi, at least, kita buat sesuatu sebagai tanda kita tidak suka. Orang ramai juga menyokong Malaysia; kita tidak boleh membiarkan negara kita tertinggal dalam isu Gaza.

Sama ada orang Islam di Malaysia atau kerajaan Malaysia sendiri, saya tidak sedang berkempen pilihan raya, tetapi saya ingin berkongsi tentang satu perkara yang baik. Kita agak tegas dalam isu ini. Ada yang bertanya, kenapa tidak hantar tentera? Kenapa tidak bercakap lebih elok? Tetapi, kita perlu ingat bahawa negara kecil seperti Malaysia tidak boleh berbuat sesuka hati. Kita semua terikat dengan pelbagai faktor.

Walaupun saya tidak memuji semua dasar kerajaan, dalam kes ini, saya harus katakan bahawa kita mempunyai Menteri yang berani bercakap. Di parlimen, kita boleh bersuara. Wakil kita di PBB juga bercakap tentang isu ini. Kita tetap menolak apa yang berlaku, dan dari sudut pandang ini, kita patut berbangga.

Pesan Mufti Perlis Kepada Yang Rasa Jemu Boikot

Pesan Mufti Perlis Kepada Yang Rasa Jemu Boikot

Alhamdulillah, Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbaik dalam memberi kesan kepada produk Israel dan produk-produk yang menyokong Israel. Dunia boleh melihat bagaimana bangsa Yahudi yang terlaknat ini, dengan bantuan Amerika, UK, dan kuasa-kuasa Barat lain, membunuh orang Islam secara beramai-ramai. Mereka menyediakan senjata, bom, dan pelbagai lagi untuk menyerang rakyat yang lemah.

Kita semua menyaksikan kezaliman ini, namun masih ada yang mengeluh, “Macam mana nak hidup kalau tak makan produk-produk tertentu ini? Saya dah lama tak makan yang itu, lama tak makan yang ini, rasa macam tak cukup vitamin.” Ada pula yang bimbang, “Kalau kita terus boikot, kesianlah kepada orang-orang yang bekerja di situ, nanti mereka macam mana?”

Namun, mereka ini tidak pernah memikirkan kesengsaraan umat Islam yang lain. Mereka tidak pernah terbayang dalam fikiran mereka apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW, bahawa umat Islam itu seumpama satu jasad. Jika satu anggota rasa sakit, seluruh anggota lain akan berjaga malam dan demam. Tapi mereka tidak merasakan hal ini.

Boikot Produk Penyokong Keganasan

Boikot Produk Penyokong Keganasan

Yang pertama, kalau ada fatwa wajib, kita kena taat. Ulama dah beri fatwa. Kalau syarikat ini kena wajib boikot, wajib boikot. Tak boleh tak ikut. Kita sekarang buat keputusan sendiri, tak mahu ikut ulama. Betul tak? Pandai diri. 400 orang, 400 fatwa, heh. Nah, aa, kita zaman sekarang sudah lari daripada mengikut Ulul Amri. Ati’ullah wa ati’ur rasul wa ulul amri.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak