Tanpa Bimbingan Guru, Ilmu Tidak Bermanfaat – Dr. Asri
Dan sunnah adalah petunjuk. Bila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam wafat, sahabat-sahabat ini adalah orang yang dekat dengan Nabi. Kalau nak kira orang dekat dengan Nabi, ni Anas. Anas ini, seperti setengah di kalangan manusia zaman hari ini, melakukan perniagaan. Dia berkata, “Siapa yang mai salam dengan tangan aku ini, tangan ini adalah tangan yang mengangkat air kepada Nabi, yang memegang Nabi, yang mencium Nabi, dan yang menyentuh Nabi.”
Jadi, mereka yang pegang tangan aku ini, adakah sama seperti memegang tangan Nabi? Kita yang datang di hujung zaman ini, harus hirup sunnah Nabi dan mengikutnya. Dalam zaman fitnah ini, kalau tidak dengan bimbingan sunnah Quran dan sunnah, manusia mungkin tersesat. Jika semua tafsir agama hanya ikut kepala sendiri, menggunakan tok syeikh yang sekadar berpegang kepada penampilan seperti tasbih besar atau serban, itu akan menjadikan manusia jahanam.
Kitab dan sunnah adalah penyelamat. Jangan hanya bergantung kepada penampilan ustaz. Walaupun dia berpakaian serban dan jubah putih, kita harus ingat bahawa kitab dan sunnah tidak boleh dijual. Oleh sebab itu, peganglah Quran dan sunnah, kerana itu adalah petunjuk dari Allah Ta’ala dan Rasul-Nya. Apa yang Allah kata, apa yang Rasul kata, itulah yang harus kita ikuti. Ramai yang mengeluarkan pelbagai pendapat, tetapi kita perlu berpegang kepada ajaran yang benar.