Saya Bukan Orang Parti, Tapi Ada Benda Saya Kena Bagitahu Tentang Menteri Besar Perlis
Saya ni bukan orang parti, dan saya pun pernah mengkritik parti YB sebelum ni. Saya pun bukan jenis kaki pi puji orang kot depan. Tapi, saya katakan, kekuatan Perlis sekarang ni memang duduk pada MB, di samping Exco-exco lah. Bukan kerana latar belakang pi mengaji negeri orang putih ke apa, dak, tapi kerana sikap yang humble, tawaduk.
Nabi sebut, *”Man tawaduk alilah rafa’ahu Allah,”* siapa yang tawaduk kerana Allah, Allah angkat dia. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan. Orang Perlis ni, kita rasa tengok muka MB pun kita rasa memang kalau boleh nak tolong, kita nak tolonglah apa yang kita boleh tolong.
Sebab itu, itu semua satu pelajaran yang kita belajar. Kalau YB awal-awal abang kata dia tahu semua, tentulah kita susahlah nak tolong. Tapi rakyat Perlis, di dalam berbagai latar, rasa nak tolong YB dan kerajaan yang dipimpin olehnya.
Tujuh Dosa Besar, Pertama Syirik
Cuma kita kadangkala gagal untuk membezakan dosa ini sehingga kita menganggap bahawasanya si yang mensyirikkan Allah itu lebih ringan kesalahannya daripada orang yang membuat perkara-perkara yang syirik. Itu besar dalam agenda kita, maka kita mesti hapuskan semua amalan syirik ini. Sebab tu kita tentang tangkal-mangkal, kepercayaan bomoh tak bomoh, khurafat, karut marut, perkara-perkara yang seperti ini.
Aa, ini ada pula nak buat apa, nak pergi kubur tok wali tu, kubur tok wali ni. Sekarang ni mula timbullah gunung kubur di Singapura tu. Kononnya ramai sungguh orang datang dan kita mesti makmurkan dia. Dah ada kempen di Malaysia ni, aa banyak dah hajat yang tertunai di sana. Tambah kubur apa, syeikh manakah, Said manakah, nanti aa lagilah lebih datang. Kita kata manusia hanya memohon kepada Allah Subhanahuwataala.
Em, kalau betul nak buat operasi tangkap orang belakang pintu, lebih baik pi tangkap orang melakukan syirik di tempat-tempat amalan-amalan yang seperti tu. Pi kat Pulau Besar Melaka tu, tutup dia. Ha, itu syirik kepada Allah Subhanahuwataala. Ha, Habib Nuh Singapura, Habib Nuh, ya. Ramai terpaksa buat kutipan sedekah untuk memakmurkan makam Habib ni. Ya, saya baru balik baru ni.