Majlis Penutup: Eksklusif Bersama Dr. Asri
Ya, ada orang yang pernah ditarbiah oleh Ikhwan Muslimin dan beliau baru sahaja meninggalkan kita, iaitu al-Fadhil Ustaz Yahya Osman. Di kesempatan ini, kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham. Al-Fatihah. Saya tak nak memetik kata-kata mana-mana ahli politik dalam Malaysia, tetapi ingin memetik kata-kata seorang ahli politik daripada Amerika. Kata beliau, “Ask not what the country can do for you, ask what you can do for your country.” Kata Amin Idris, “Jangan bertanya apa yang agama boleh bagi kepada kamu, sebab banyak sudah Allah bagi kepada kita. Tetapi tanya pada diri kita, apa yang kita boleh bagi kepada perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi.”
Sekian daripada saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, tepukan gemuruh kepada Dr. Fadli Hassan, Dr. Muhammad Asri Azaluddin, Ustaz Fathubari, dan juga Dr. Ridwan Ti Abdullah. Tepukan untuk mereka semua! Tuan-tuan, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Jazakumullah khairan kasirah. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada kesemua ahli panel dan juga moderator pada malam ini. Untuk meneruskan majlis, kita mempersilakan Yang Berhormat Haji Ahmad Bayaqi Abdullah untuk menyampaikan cenderahati.
Selanjutnya, majlis mempersilakan Yang Berhormat Dr. Muhammad Fadli Dato’ Haji Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Seterusnya, dipersilakan Datuk Dr. Muhammad Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis. Kemudian, dipersilakan al-Fadhil Ustaz Fathubari Mat Cahaya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Zakat, Iktiraf Ulama UMNO.
Akhir sekali, dipersilakan Yang Berbahagia Dr. Muhammad Ridwan Ti Abdullah, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, dan seterusnya, dipersilakan Saudara Amin Idris, moderator pada malam ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Haji Ahmad bin Abdullah atas penyampaian cenderahati itu tadi. Terima kasih kepada semua.
Mandi Bersama Suami Isteri
Ha, maksudnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ajar benda-benda yang baik dan banyak perkara lain yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Wuduk dan disunatkan selepas daripada itu untuk mandi sekali suami dan isteri. Mandi sekali suami dan isteri ni bukan masa kahwin je, masa lain pun disunatkan.
Macam kita sebut hadis Aisyah Radhiallahu Anha, katanya: “Aku dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mandi daripada bekas yang sama sehingga dia bersaing dengan aku dalam ambil air tu dan aku berkata, ‘Tinggalkan untukku, tinggalkan untukku,’ dan ketika itu mereka bercanda.”
Tuan-tuan pun yang dah lama kahwin, esok cuba sunnah ni. Jangan sunnah solat je, balik kita bagus juga muka suruh mengaji sunnah ni, boleh mandi sekali. Aisyah dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Banyak lagi perkara-perkara lain dalam bab ini yang ditunjukkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.