Pemimpin Terpaksa Cakap Berlapik Tentang LGBT

Pemimpin Terpaksa Cakap Berlapik Tentang LGBT

Baru-baru ini, saya sebut kepada tuan-tuan tentang isu LGBT. Dahulu, sekitar 30 hingga 40 tahun yang lalu, LGBT dianggap sebagai sesuatu yang songsang dan haram. Orang ramai boleh sebut terang-terangan dan mengutuk perbuatan ini. Mungkin ada segelintir orang Melayu yang terlibat dalam parti tertentu yang membiarkan golongan pondan, tetapi majoriti masyarakat tetap menganggapnya haram. Orang boleh berceramah secara terbuka tentang keharamannya.

Namun, hari ini, jika tuan-tuan menjadi seorang ahli politik atau pemimpin negara, tuan-tuan tidak akan berani mengatakan bahawa LGBT ini haram dan dikutuk. Lihat sahaja Obama, yang kelihatan tegas, tetapi beliau sendiri tidak berani mengutuk LGBT. Begitu juga dengan David Cameron, yang dahulu mendakwa bahawa United Kingdom adalah negara Kristian, tetapi bila berdepan dengan isu LGBT, beliau tidak berani menentangnya. Paderi-paderi di kebanyakan negara turut menerima LGBT, dan jika pun mereka tidak menerima, mereka akan cuba bercakap secara berhati-hati, mungkin dengan menyatakan bahawa ia tidak sesuai dengan budaya kita di Timur, tetapi mereka tetap tidak berani menolaknya secara terang-terangan.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak