Solat Berjamaah, Adakah Wajib bagi Lelaki
Adakah lelaki wajib bersolat ke masjid? Sebahagian mazhab menyatakan wajib berjemaah, manakala sebahagian lagi menyatakan sangat dituntut untuk berjemaah. Tapi pada zahir hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Nabi menyebut bahawa solat berjemaah “afdhal bin solatilfar,” iaitu sembahyang berjemaah lebih baik daripada sembahyang individu.
Hadis ini seakan-akan menyokong pendapat yang menyatakan sembahyang individu sah, cuma pahalanya kurang dan tidak termasuk di dalam dosa. Sebahagian riwayat ahli hadis menyatakan sembahyang jemaah adalah wajib, dan terdapat khilaf pendapat mengenai hal ini.