Keluar 3, 40 Hari Anak Bini Tak Makan Berdosa

Keluar 3, 40 Hari Anak Bini Tak Makan Berdosa

Rahib, rahib ni tak ada dalam Islam, kot. Kata pi duk bersila, duduk di masjid, duk bertawakal. Tak ada agama yang kenal benda ni. Kot nak pi duduk, dah ada kerja, duit dah banyak dalam bank, nak pi keluar 3 hari, dah masing-masing, bini di rumah memang ada makan, tak apalah.

Tapi kalau sekiranya bini di rumah tak ada makan, anak-anak tak ada makan, hang keluar 3 hari, hang berdosa.

Kalaulah, harap-harap duk keluar tu, dia dah ada makan. Nak tambah hampir keluar sampai 40 hari, tak apalah, tawakal Allah, Bismillahirrahmanirrahim. Malaikat Jibril hantar mai, tak berlaku kepada Maryam di mihrab. Tuhan hantar mai kat dia, tu pun Nabi Zakaria hairan, mai kot mana, pasal ia luar daripada kebiasaan.

Dah Mati tapi Filem ditayangkan lalu Berdosa

Dah Mati tapi Filem ditayangkan lalu Berdosa

Ada beberapa keadaan yang perlu dipertimbangkan. Jika lakonan itu bukan lakonan yang berdosa, maka pelakon itu tidak berdosa. Namun, jika lakonan itu mengandungi dosa dan pelakon itu semasa hayatnya sudah menyatakan bahawa dia tidak suka dan telah bertaubat, maka dia tidak berdosa. Sebaliknya, jika sehingga dia mati dia memang suka filem itu terus disiarkan, maka dia berdosa.

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa mayat diazab dengan sebab tangisan keluarganya. Namun, Aisyah radhiallahu anha membantah hadis ini. Beliau berkata, mana mungkin mayat diazab kerana keluarganya menangis? Itu dosa keluarga, bukan dosa mayat.

Para ulama membincangkan hal ini. Ibnu Qayyim dalam syarahnya tentang Sunnah Nabi Daud menyatakan bahawa sebabnya ialah kerana si mati reda dengan adat jahiliah di mana bila mati, orang upah menangis. Oleh kerana dia reda dengan perbuatan itu, maka dia juga menanggung dosa tersebut.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak