Kena Pandai Dalam Berdoa

Kena Pandai Dalam Berdoa

Umar bin Abdul Aziz, dikatakan oleh Imam Syauqani dalam kitab *Fath al-Zakirin* sebagai berkata dalam doanya, “Ya Allah, rahmat-Mu meliputi setiap sesuatu, aku juga termasuk dalam sesuatu itu. Kesianlah pada aku, rahmatilah aku, wahai Yang Maha Pengasih.” Umar bin Abdul Aziz telah merintih dengan penuh harapan agar dirinya dirahmati oleh Allah. Imam Syauqani, setelah mendengar doa ini, turut mengucapkan doa yang serupa: “Wahai Tuhan yang telah menetapkan rahmat kepada hamba-hamba-Mu, aku juga termasuk hamba-hamba-Mu. Rahmatilah aku, wahai Yang Maha Pengasih.”

Sidang hadirin yang dirahmati Allah, doa ini tidak terdapat dalam riwayat hadis, tetapi kita diajar oleh Nabi untuk berdoa dengan cara yang paling sesuai dengan kita. Apabila kita bangun di tengah malam bulan Ramadan, kita boleh menggunakan kata-kata kita sendiri ketika berbicara dengan Allah. Tidak semestinya dalam bahasa Arab bagi yang tidak fasih, sebaliknya kita boleh merintih kepada Allah dengan bahasa yang kita fahami. Allah suka apabila hamba-Nya merintih kepada-Nya, sebagaimana seorang anak yang manja dengan ibunya. Merintih itu tanda kita mengakui kebergantungan kita kepada Allah.

Dalam kalangan hamba-hamba Allah, ada yang doanya mustajab kerana mereka pandai mengatur ayat ketika merintih kepada Tuhan. Bangunlah di tengah malam dan merintih kepada Allah, ingatlah bahawa kita ini daif, semua orang melakukan dosa, tiada seorang pun hamba Allah yang tidak berdosa. Nabi telah bersabda bahawa setiap anak Adam itu berdosa, tetapi yang membezakan hamba-hamba Allah ialah sejauh mana mereka mengingati Tuhan mereka.

Berdoa dan Solat Sunat Dua Rakaat

Berdoa dan Solat Sunat Dua Rakaat

Dulu kita ada sebut, kita beli kenderaan pun disunatkan. Dulu Nabi beli, beli. Dulu orang Arab, bila dapat unta, dapat apa, doa. Dapat isteri pun letak tangan, minta berkat.

Bismillah, ha. Dia sebut Bismillah, sebut nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. “Allahumma inni as’aluka min khairiha wa min khairi ma jabaltaha alaihi wa a’udzu bika min sharriha wa min sharri ma jabaltaha alaihi.” Ya Allah, aku minta daripada-Mu kebaikan dia dan kebaikan yang telah Engkau jadikan pada dirinya. Minta jauh daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau jadikan pada dirinya. Kalau ada sedikit kekurangan, minta jauh-jauhkan. Kan kata asyik tak puas hati, memberontaklah, minta jauh-jauhkan.

Angkat tangan berdoa ketika khutbah Jumaat

Angkat tangan berdoa ketika khutbah Jumaat

Sebenarnya tak angkat. Tak ada yang suruh angkat. Ada kaum dalam sebahagian mazhab yang sebut angkat tapi tidak kuat hadis tu menunjukkan tak angkat. Khatib tidak angkat dan makmum juga sepatutnya tak angkat. Memadai dengan kata amin, amin, amin.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak