Boleh Tak Letak Nama Anak Badar
Badar ada maksudnya. Bolehkah kita letak nama anak “Badar”? “Badar” bermaksud bulan. Contohnya, dalam nasyid “Tala’al Badru,” maksudnya adalah “telah muncul bulan.” Nasyid tersebut walaupun popular, sebenarnya dari segi sanad periwayatannya tidak kuat untuk menunjukkan sambutan terhadap kedatangan Nabi Muhammad ﷺ. Ada kemungkinan bahawa jika ada pun, ia mungkin sambutan ketika Nabi pulang dari Tabuk atau mana-mana tempat lain, tetapi dari segi sanadnya, ia tidak kuat.
Namun, ia masyhur kononnya sebagai sambutan semasa Nabi datang ke Madinah. Frasa “Tala’al Badru” bermaksud “telah muncul bulan penuh.” Sementara itu, “Badar” juga adalah nama tempat berlakunya peperangan, iaitu Perang Badar.
Jika kita ingin menamakan anak “Badar,” adakah boleh? Nama “Badar” bermaksud bulan penuh, dan ia juga merujuk kepada nama tempat bersejarah dalam Islam. Jadi, tidak ada masalah untuk menamakan anak dengan nama “Badar,” kerana ia membawa makna yang baik. Namun, pastikan ia tidak disalah fahami, terutamanya dalam konteks lain seperti parti politik, yang mungkin tidak tahu maksud sebenarnya.