“Sampaikanlah DariKu Walau Satu Ayat”: Hadis Riwayat Al-Bukhari (Kemas Kini 2018/2019)
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Barang siapa berpuasa satu hari di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka Allah menjauhkan wajahnya dari neraka sejak hari tersebut selama tujuh puluh tahun.” Hadis ini adalah mutafak alay, yang telah disepakati kesahihannya oleh Bukhari dan Muslim.
Sabda Nabi ini menunjukkan betapa besar ganjaran bagi mereka yang berpuasa dengan niat yang ikhlas. Puasa bukan sahaja satu ibadah, tetapi juga satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menghindarkan diri dari azab neraka. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mengamalkan puasa dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.
Sampaikanlah Dariku Walau Satu Ayat: Kebenaran Hadis Al-Bukhari
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya, orang yang berpuasa mempunyai doa yang tidak ditolak ketika ia berbuka.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah.
Air adalah salah satu elemen penting yang dinikmati ketika berbuka puasa. Ketika waktu berbuka tiba, umat Islam disunatkan untuk menyegerakan berbuka dengan meminum air. Ini merupakan amalan yang dianjurkan dan mengandungi banyak kebaikan.
Di samping itu, saat berbuka juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa. Oleh itu, adalah sangat digalakkan untuk memanjatkan doa-doa yang diinginkan agar dikabulkan oleh Allah.
Iqtibas Nasyidkan Zikir Dan Terjemahan Ayat Qur’an Yang Dibolehkan
Okey, dalam hal ini, ia dipanggil *iktibas* dalam bahasa Arab. Maksudnya, apabila kita buat nasyid dan dalam nasyid tersebut kita masukkan ayat-ayat al-Quran, apakah hukumnya? Para ulama telah membincangkan perkara ini, namun ulama dulu tidak banyak berbincang mengenai nasyid kerana pada waktu itu nasyid tidak begitu meluas. Tetapi, mereka ada membincangkan mengenai *iktibas* ayat-ayat al-Quran dalam syair. Apabila orang Arab membuat syair, mereka kadang-kadang mengambil ayat al-Quran dan memasukkannya ke dalam syair tersebut. Persoalannya, bolehkah ini dilakukan?
Majoriti para ulama, kecuali dalam mazhab Malik, menyatakan ia boleh dilakukan dengan syarat tidak membawa sebarang penghinaan, kecacatan, atau merendahkan ayat al-Quran. Selain itu, ayat tersebut tidak boleh diambil di luar daripada konteks yang boleh merendahkan al-Quran. Contohnya, jika seseorang menggunakan ayat “Anā Rabbukum al-Aʿlā” (Akulah Tuhanmu yang tertinggi) dan menyandarkan ayat itu kepada dirinya sendiri, ini tidak boleh. Atau jika seseorang meniru sumpah Allah, seperti berkata “Demi matahari”, itu juga tidak dibenarkan kerana hanya Allah yang boleh bersumpah dengan makhluk-Nya, bukan kita.
Jadi, ada syarat-syarat tertentu dalam *iktibas* ini. Selagi ia tidak menghina, memutarbelitkan maksud ayat al-Quran, atau keluar daripada konteks yang betul, maka ia dibenarkan. Namun, harus diingat bahawa apabila memasukkan ayat al-Quran dalam syair atau nasyid, ia hendaklah dibaca dengan betul. Kadang-kadang, apabila ayat al-Quran dimasukkan ke dalam syair atau nasyid, panjang pendek bacaan ayat tersebut tidak betul. Ada yang memanjangkan pada tempat yang tidak sepatutnya atau memendekkan pada tempat yang tidak wajar, semata-mata untuk sedap didengar. Kadang-kadang, ada juga yang meniru sebutan Arab dengan bunyi sengau, tetapi sebenarnya itu bukan cara yang betul.
Ringtone ayat al-Qur’an
Ini saya cakap dulu, tuan-tuan. Pertama, Al-Quran ini walaupun ada pihak tertentu dalam fatwa mereka kata boleh, itu depa punya hal lah. Kan manusia berfatwa ni ada berapa jenis. Di negeri entah berentah, Syed Mahathir pada fatwa ramai panel tu menyebut kita kena fatwa apa yang mereka nak. Dia fikir fatwa apa yang orang bayar gaji kepada dia mahu. Ini bukan cerita khayalan, betullah. Tapi dia negeri entah berentah, tuan-tuan.