Hukum Bawa Talipon Yang Ada Aplikasi Quran Ke Tandas
Bila dia masuk tandas, hendaklah dia hormati al-Quran. Jangan zahirkan al-Quran tersebut, tutuplah aplikasi itu. Jangan biarkan skrin menayangkan al-Quran ketika berada dalam tandas. Jika dia kata aplikasi al-Quran itu ada dalam telefon bimbit, itu tidak bermakna dia tidak boleh masuk tandas.
Yang salahnya adalah apabila al-Quran itu dizahirkan. Contohnya, kita ada al-Quran dalam kepala kita. Adakah kita tidak boleh masuk tandas kerana menghafal al-Quran? Tentu tidak, itu tidak masuk akal.
Yang penting, jangan masuk tandas dan membaca al-Quran di dalam tandas. Itu yang betul. Jangan terlebih warak.
Hukum Bawa Handphone yang ada Aplikasi Quran ke Tandas
Bila dia masuk tandas, hendaklah dia menghormati Al-Quran. Jangan zahirkanlah, tutuplah itu. Jangan bagi naik ke skrin yang ada Al-Quran. Kalau dia kata aplikasi Al-Quran ada dalam handphone, tak boleh masuk tandas, itu tidak betul. Yang salahnya apabila dizahirkan. Macam kita, kita ada Al-Quran dalam