Bolehkah Bukan Islam Selamat Dari Api Neraka?
Asasnya berbalik kepada Nabi. Manusia Islam percaya sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran Islam, maka dia tidak diazab oleh Tuhan: “Wama kunna mu’azibina hatta naba’atha rasulan” (Kami tidak akan mengazab sehingga Kami menghantar rasul).
Jangan hairan jika ada orang-orang mungkin di negara China yang besar, di mana pendakwah tidak pergi padanya, di Eropah dan seumpamanya, dan non-Muslim yang tidak tahu untuk membezakan. Mungkin kita kata internet banyak, tetapi bukan semua makcik dan orang tua-tua boleh membaca internet. Jika pergi ke internet, ada macam-macam jenis Islam ada: Qadiani, Syiah, Baha’i, dan macam-macam lagi. Tidak ada siapa yang menegakkan Islam untuk mereka. Tidak ada yang disebut sebagai “iqamatul hujah” atau hujah ditegakkan untuknya. Maka Tuhan menyatakan Dia tidak akan mengazab sehingga Dia menghantar rasul. Jadi, jangan hairan.
Al-Imam Ibnu Qayyim juga berkata, hujah itu hendaklah berdasarkan keadaan. Mungkin sesuatu yang dianggap hujah pada satu zaman bukan hujah pada zaman berikutnya. Mungkin dia seorang saintis yang otaknya bagus. Jika datang seorang pendakwah biasa dan cerita tentang Islam, dia mungkin tidak dapat memahaminya. Seorang saintis pakar jantung, mungkin berkata jantung ini sebenarnya seperti jantung pisang, kerana dia mengaji untuk SPM biologi dan mendapat 8A.