Kejahatan Dunia dan Pembalasan Akhirat
Akhirat ini adalah kekuatan dalam hidup manusia. Kalau tidak ada hari akhirat, hidup ini akan menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan. Tuan-tuan, cuba tengok orang yang kadang-kadang jahat tetapi kaya. Apa saja yang mereka ada, semuanya hebat. Kita pergi hotel-hotel yang mewah, hebat mereka ini makan. Kita pergi atas urusan, sekali hadap makan RM beribu-ribu. Tengok mereka sembahyang pun tidak, kafir lagi. Ada orang yang zalimkan orang lain tapi hidup kaya raya. Ada orang yang kena zalim hidup dalam keadaan miskin dan susah. Ada orang tutup aurat, sembahyang, tapi dia miskin dan fakir. Ada orang dedah aurat sana sini, kemudian dia kaya.
Kalaulah tidak ada hari akhirat, hidup sesuatu yang sangat mengecewakan. Tetapi apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifatkan dunia ini tidak ada nilainya nak dibandingkan dengan hari akhirat, maka datanglah kembali perasaan bahagia kita. Tak apalah dunia, hangpa ambillah. Bukan kita suruh kita buang dunia ini, tidak. Tapi ertinya kita bertarung mempertahankan dunia demi untuk memperjuangkan agama. Tetapi kalau sekiranya kita tak dapat melainkan dengan kadar yang Tuhan kurniakan pada kita, kita ada lagi hari akhirat.
VVIP Di Akhirat Nanti
Kami nak dapat pahala seperti kaum lelaki. Nabi kata mu orang cerdik, orang lain tanya nak dunia buat buat, mu tanya nak kelebihan akhirat. Bagus, gini, mu gi khabar belaka orang perempuan tak payah kalau nak segala pahala orang lelaki duduk di rumah. Faham taat perintah Allah, taat perintah suami, duk rumah je bila taat perintah Allah sampai masa bulan sembahyang, sembahyang sampai bulan Ramadan, puasa, kemudian taat pada suami, khidmat bagi suami. Suami suruh apa bendanya buat air buat air, suami panggil masuk dalam bilik masuk selalu tak tangguh-tangguh.
Maka bila begitu Tuhan akan beri kepada orang perempuan segala pahala yang orang lelaki dapat atas dasar kewajipan fardu kifayah tadi. Pahala mandi mayat perempuan taat suami boleh pi tak mandi duk rumah boleh. Pahala buat masjid, pahala gali liang, pahala memikul, pahala perang habis, pahala orang lelaki Tuhan akan beri bagi perempuan yang taat suami duk di rumah. Ha tu saja, dapat pahala banyak rasa susah sebab kerja dia tempat dia di rumah, orang lelaki tempat luar rumah.