Puisi Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hanbal: Renungan oleh Dr. Asri
Bolehkah kita menerima upah setelah memandikan jenazah atau mengajar al-Quran? Jika boleh, nescaya Rasulullah tidak miskin. Kita boleh menerima upah daripada perkara yang memberikan manfaat yang jelas dalam kehidupan dunia ini. Namun, kita tidak boleh terima upah untuk hal-hal yang tidak jelas, seperti pahala. Sebagai contoh, dalam kes mengajar al-Quran, kita boleh melihat manfaatnya kerana pelajar dapat memahami dan mengamalkan ajaran tersebut.
Jika kita melakukan kerja seperti memandikan jenazah, itu adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetapi, apabila berkaitan dengan upah, ada prinsip yang perlu diikuti. Kita tidak boleh mengambil upah untuk sesuatu yang tidak nampak hasilnya, seperti pahala. Namun, apabila kita melihat hasilnya secara nyata, seperti mendidik orang hingga mereka memahami al-Quran, itu boleh dianggap sebagai akad dan berharga.
Oleh itu, pengetahuan mempunyai nilai dan boleh dijadikan sebagai mahar dalam perkahwinan. Jika kita menghantar anak ke kelas tuisyen, kita mengharapkan mereka mendapatkan pencapaian. Dalam hal ini, upah adalah wajar kerana hasilnya dapat dilihat dan dinilai. Tetapi untuk pahala, ia tidak dapat dilihat dan oleh itu, tidak boleh dijadikan asas untuk menerima upah.
Ustaz Ahmad Jailani: Kenapa Banyak Cerita Pelik dalam Tarekat Sesat?
Ada orang tanya saya, “Ustaz, rasa pasal apa dalam tarekat yang sesat ni?” Saya sebut “syarikat yang sesat” sebab saya tak mahu tuan-tuan kata saya kata semua syarikat ni sesat. Tidak, kita tak kata semua sesat. Hak mana kerajaan kata sesat, yang itu yang kita nak cerita.
Baik, tuan-tuan. Ada orang tanya saya lagi, “Ustaz, pasal apa orang terikat dengan tarekat yang sesat ni?” Dia suka cerita yang pelik-pelik saja. Saya jawab, “Wallahualam, saya pun tidak pasti.” Tapi, berdasarkan pemerhatian saya, ketika saya tinggal di Eropah, khususnya di UK selama empat tahun, saya lihat budaya di sana.
Di UK, contohnya, saya pergi ke Dublin di Ireland. Orang Mat Salleh ni, tuan-tuan, mereka suka mabuk. Kawan-kawan saya yang kerja dengan saya pun mengaku bahawa mereka suka mabuk. Bila kita tanya mereka pasal apa mabuk, mereka jawab, “Bila kita ada masalah, kita mabuk. Kita hilang sekejap kerisauan tentang masalah tu.”
Ini adalah perangai budaya orang Eropah, khususnya orang Inggeris. Bila mereka ada masalah, mereka mencari cara untuk menghilangkan kerisauan tersebut dengan mabuk.
Orang Islam kita pun, tuan-tuan, ada tendensi yang sama. Kita semua ada masalah, tidak ada di kalangan kita yang bebas dari masalah. Kita bergaduh dengan isteri, bergaduh dengan suami, bergaduh dengan rakan kongsi perniagaan, dan juga dengan pelanggan serta majikan. Kita penuh dengan masalah.
Bila kita ada banyak masalah, kita mencari tempat untuk mendapatkan sedikit hiburan agar dapat melupakan bebanan tersebut. Bagi orang yang mencari agama, mereka biasanya akan mencari ketenangan melalui agama. Namun, jika mereka pergi ke tempat yang salah dan berjumpa dengan orang yang salah, ditambah pula mereka tidak mempunyai ilmu asas untuk membezakan antara yang benar dan yang salah, maka mereka akan terlibat dengan hal-hal yang sesat.
Mereka diberikan cerita-cerita yang tidak jelas asal-usulnya, cerita-cerita alam khayalan. Inilah antara perkara yang dilakukan oleh golongan yang terlibat dengan tarekat-tarekat yang sesat.
Anti Hadith Bukan Hanya Kassim Ahmad
Kasim Ahmad bukanlah satu-satunya yang anti hadis, Kasim Ahmad tu tua dah, tapi anti hadis tu tetap ada. Kita juga akan ada orang yang mengkritik hadis, dan nanti akan ada lagi yang mengkritik Quran. Akan ada pula yang mungkin at least, atau tak at least, mungkin agnostik, yang tak pasti Tuhan wujud. Macam-macam ada.
Ke setiap kali golongan agama kata ban, tangkap, pen tangkap, macam kita takut sangat dengan Bible dalam bahasa Melayu, takut anak Melayu terbaca dan masuk Kristian. Berpuluh tahun baca Quran, tak kuat agama, sekali terbaca Bible terus masuk Kristian? Saya bukan sokong Bible dalam bahasa Melayu, tak, tapi sikap yang seperti ini tak menjamin apa-apa. Habis tu orang pergi ke internet, Bible dalam semua bahasa ada, nak haramkan Bible di internet? Boleh buat macam jiranlah, takut pula anak-anak kita pandai bahasa Inggeris, terbaca pula Bible dalam bahasa Inggeris, haram pula kita bahasa Inggeris? Kita tak selesai masalah ni kalau macam tu.
Kita mesti bangun dan jawab secara intelektual, discuss. Jadi, kita cuba buatlah benda-benda yang hak merepek merepek tu, tak payah lah. Kalau semua orang nak jawab apa hak mengaku jadi nabi, Ayah Pin tak payah beloklah, Ayah Pin tu bengong sangat kan? Aduh, takkanlah Tuhan buat teko macam tu? Ha ha, nak sabar, ha ha, tu bodoh sangat.