Jangan Jadi Seperti Abdullah Bin Saba’ – Dr. Asri

Jangan Jadi Seperti Abdullah Bin Saba’ –  Dr. Asri

Saya sebenarnya ingin memberi komen tentang beliau, Hafizahullah. Beliau adalah seorang yang berusia dan berkedudukan, mantan mufti, serta popular. Nasihat saya kepada diri saya dan juga kepada beliau adalah agar lebih matang dalam berbicara, berbincang, dan berdiskusi. Ketika kita tidak setuju dengan sesuatu pendapat, itu bukan bermakna kita menyerang seseorang. Kita berhak untuk mengkritik pandangan dan idea.

Kini, dilihat secara langsung atau tidak, terdapat usaha daripada pihak beliau yang melaga-lagakan antara ilmu dengan UMNO, sedangkan kita di UMNO telah menjana pelbagai program dan kerjasama yang positif dengan ilmu. Kita sendiri menyokong kerajaan. Mungkin ada beberapa pendapat yang tidak selari dalam hal tertentu, namun saya kira kita harus raikan perselisihan.

Sebagai mantan mufti dan seseorang yang mempunyai PhD serta kedudukan, beliau perlu bersikap lebih mantap dalam memberikan pendapat di Twitter. Saya berharap agar tidak berlaku seperti Abdullah Ibn Sahabat, yang dalam sejarah Islam, melaga-lagakan umat Islam hingga berperang sesama sendiri.

Sebagai contoh, isteri Abu Lahab yang Allah gambarkan dalam Al-Quran, disebut dalam Surah Al-Masadd. Dia membawa kayu api, berjalan dengan niat melaga-lagakan orang. Jika beliau tidak setuju, beliau boleh menghubungi kita untuk berbincang. Kita juga mempunyai ulama yang kita hormati, dan terpulang kepada beliau untuk memilih.

Namun, apabila berbeza pendapat, kita harus meraikan kekhilafan dan tidak berat sebelah. Saya nasihatkan diri saya dan beliau agar moga Allah Subhanahuwataala memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita berdua. Semoga Allah menunjukkan kepada kita kebenaran dan memberikan kekuatan untuk mengikutinya, serta menjauhkan kita dari kemungkaran. Doa untuk saya dan untuk beliau, Allahuakbar.

Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy’ari

Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy’ari

Daripada Abi Musa Al-Asy’ari. Abi Musa ini nama dia Abdullah bin Qais, salah seorang sahabat Nabi yang banyak juga meriwayatkan hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Beliau berasal daripada kabilah Al-Asy’ari. Al-Asy’ari ini ada kabilah dia tu, Abdul Hasan Al-Asy’ari tu disandarkan kepada kabilah berkenaan.

Abu Musa adalah sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang terkenal dan hidup selepas daripada zaman Nabi. Masih hidup lagi Abu Musa dan membawa dakwah sehingga ke erat. Abu Musa Al-Asy’ari dan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dalam hayat baginda, pernah hantar Abu Musa ini untuk mewakili baginda dalam banyak keadaan juga. Antaranya di Yaman, supaya menyampaikan Islam di sana.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak