Keluasan Fiqh

Keluasan Fiqh

Bila pemikiran sempit begitu, susahlah. Bila ada orang yang keluar dia bising, bila orang nak proses masuk dia, dia tak mahu. Saya cadangkan, siapa yang masuk Islam tak perlu tukar nama pun tak apa, asalkan nama itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Tetapi ada pula yang kata tak boleh, alasan dia kononnya tak boleh asingkan nama.

Contohnya, nama “Awang”. Kenapa “Awang” boleh? Nama “Awang” itu bukan nama Arab, bukan ada Awang di Arab sana. Saya kata, tak perlu tukar nama bapa juga. Nama bapa kekal seperti Umar bin Khattab. Umar bin al-Khattab, al-Khattab tak masuk Islam, tetapi nabi tak kata ubah jadi Umar bin Abdullah.

Seluruh dunia tak pernah buat kerja seperti ini, hanya Nusantara saja yang buat, iaitu Malaysia, Singapura, dan Brunei. Mungkin Singapura sama kot. Kalau bapa dia nama yang syirik macam mana? Itu bapa dia. Bapa dia tak masuk Islam, memang bapa dia bukan nama syirik, tetapi bapa dia sendiri memang syirik. Ada sahabat yang masuk Islam nama dia Abdullah bin Abdul Asad. Nama “Abdullah” itu bermaksud hamba Allah, bin Abdul Asad bermaksud hamba al-Asad, hamba singa. Nabi tak ubah nama bapanya kepada Abdullah sebab bapanya memang tak Islam.

Kalau orang itu masuk Islam dan nama dia tak elok, nabi ubah nama dia, tetapi nabi tak ubah nama bapa dia. Tuan-tuan boleh buka kitab dan baca sendiri.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak