Zikir Yang Hapuskan Dosa Sebanyak Buih Di Lautan
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Zikir Yang Hapuskan Dosa Sebanyak Buih Di Lautan

Dalam riwayat, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sebut, “Tidak ada seorang pun di dunia yang menyebut lafaz ini, ‘La ilaha illallah, Allahu Akbar, la hawla wa la quwwata illa billah,’ kecuali dosanya akan diampunkan, walaupun dosa-dosa kecilnya itu sebanyak buih di laut.” Dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sebut, “Man qala subhanallahi wa bihamdihi miata marrah fi yaum, kufirat anhu khatayah,” yang bermaksud, “Siapa yang menyebut dalam satu hari 100 kali ‘Subhanallah wa bihamdihi,’ dalam riwayat lain sebut ‘Subhanallahi Al-Azim,’ dosanya akan digugurkan walaupun dosa-dosanya itu sebanyak buih di lautan.”

Jadi, zikir akan menyebabkan dosa-dosa itu gugur. Tapi dosa-dosa tu dosa-dosa kecillah. Eh, tadi sebut dosa, tapi kenapa ustaz kata dosa kecil? Sebab hadis kena dibaca dengan hadis lain. Dia tak boleh dibaca berasingan. Dalam hadis yang lain, Nabi kata, “Mukaffiratul ma baina al-jumu’ataini ma lam tuqtaraf al-kabair,” yang bermaksud, “Solat Jumaat ke solat Jumaat, solat antara solat, Ramadan ke Ramadan, boleh mengampunkan dosa yang berlaku di antara keduanya jika dia meninggalkan dosa besar.”

Ada dua tafsiran oleh para ulama. Kalau tuan-tuan buka dalam kitab Jami’ al-Ulum wa al-Hikam oleh Ibn Rajab, ada satu tafsiran kata dosa kecil ni akan gugur kalau kita buat amal soleh dengan syarat kita tinggalkan dosa besar. Selagi mana buat dosa besar, dosa kecil tak gugur kalau buat ibadat. Itu tafsiran pertama. Maksudnya, Jumaat ke Jumaat, solat antara solat, Ramadan ke Ramadan, boleh mengampunkan dosa yang berlaku di antara keduanya jika dia meninggalkan dosa besar. Maksud kalau dia buat dosa besar, dosa kecil tak gugur. Itu tafsiran pertama.

Tafisran kedua pula menyatakan bahawa yang gugur tu dosa kecil, dosa besar tak gugur. Maksudnya, kalau kita buat dosa besar lepas tu kita buat dosa kecil, lepas tu kita buat ibadat, dan ibadat tu Allah Taala terima, ibadat tu akan menggugurkan dosa kecil aje. Dosa besar tetap kekal selagi mana belum taubat. Maka selagi tu lah dosa tu kekal. Inilah tafsiran yang tepat menurut sebahagian ulama. Tafsiran ini disebutkan oleh Ibn Rajab dalam Jami’ al-Ulum wa al-Hikam.

Jadi, itu yang penting bila kita melazimi zikir. Zikir ni di antara ibadat yang paling mudah nak buat. Di antara ibadat yang paling mudah dan ganjarannya besar. Sebab kita sebut kat sini, zikir menghapuskan dan menghilangkan dosa. Itu je ke fadilat zikir? Tidak. Fadilat zikir menambah pahala juga. Jadi dalam satu perbuatan, Allah Azzawajal memberikan berapa kelebihan? Allah Subhanahu wa Taala memberikan dua kelebihan: yang pertama, dosa gugur (hilang dosa kecil), dan yang kedua, pahala bertambah.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak