Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Ada orang kata di Perlis tak bagi orang baca Yasin.
Hamba Allah Tweet
Itu tidak betul. Mana ada di Perlis tak bagi orang baca Yasin. Yasin itu satu surah daripada al-Quran. Orang Melayu kadang-kadang punya teruk, tapi sini tak teruklah. Di tempat lain, ada yang teruk.
Ada orang kata, “Saya baru tahu rupanya Yasin ada dalam Quran.” Ada juga yang hanya ada Yasin kecil di rumah. Satu hari dia buka Quran, dia tengok Yasin, rupanya Yasin ada dalam Quran. Teruk betul. Yasin itu memang salah satu surah dalam Quran.
Tatkala orang Perlis tak boleh baca Yasin? Tentu boleh baca Yasin. Cuma yang kita tidak benarkan adalah etikat yang salah. Apa etikat yang salah? Malam Jumaat kena baca Yasin, itu salah. Kalau kita kata malam Jumaat baca Yasin itu banyak khasiatnya, kita kena tanya khasiat ini siapa yang bagi.
Macam kita kata, “Siapa yang buat sekian-sekian akan dapat markah lebih dalam peperiksaan,” kita kena tanya kawan yang kita beritahu itu, siapa yang bagi tahu? Pensyarah yang mengajar subjek itu atau tidak? Kalau kita tak percaya, bukan kita yang bagi markah, yang bagi markah adalah pensyarah.
Jadi, bila kita kata baca Yasin malam Jumaat ada khasiat lebih, kita kena tanya pemberi khasiat itu. Pemberi faedah atau fadilat siapa? Yang bagi fadilat ini Allah Subhanahuwataala. Jadi, kita kena tengok dalam Quran, ada tak disebut dalam Quran bahawa baca Yasin malam Jumaat ada khasiat lebih? Kalau tak ada, kita kena tengok dalam hadis, ada tak disebut dalam hadis? Kalau ada dalam hadis, barulah kita kata begitu. Jangan buat dakwaan tanpa asas.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak