Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Ustaz, ada ustaz berkata air sembahyang tidak batal sekiranya terkena najis cicak.
Hamba Allah Tweet
Apa masalah air sembahyang tak batal? Basuh je lah najis cicak itu. Kita kadang-kadang salah faham antara batal dengan benda tu najis. Kita ada wuduk, kita terkena najis, kita pergi basuh najis tu, wuduk kita kekal. Kalau kata batal, ertinya kita kena renew balik wuduk kita, itu batallah. Kita basuh je tempat tu.
Kita kena bezakan antara yang kata batal dan yang kata benda yang batal dan benda yang dianggap sebagai haram. Contoh, saya buat contoh banyak kali. Satu orang lelaki pakai sutera, apa hukumnya? Haram. Dia pakai tie sutera, hukum dia apa? Sutera betul. Dia pergi solat, sah tak solat? Dah sah. Sah pakaian tak? Walaupun ulama khilaf mendapat, tapi yang sahihnya biasa.
Dia mencuri baju di supermarket, curi baju, pas tu pakai sembahyang. Ada kata ada ya, memang di kalangan ulama dia kata pandangan sembahyang tak sah, tapi yang sahihnya solat sah. Baju tu haram, baju haram. Membeli semasa orang azan Jumaat, dia orang azan Jumaat, dia beli, pembelian tu sah tapi perbuatan itu haram. Kalau kata tak sah, hak milik tu tak berlaku, pemindahan hak milik tu tak berlaku. Sama nilai macam mencuri. Pemberian tu sah tetapi perbuatan pada waktu itu haram.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak