Wudhu Dan Najis Cicak?
Tags: ( dan, Wudhu, Najis, Cicak? )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Ustaz, ada ustaz berkata air sembahyang tidak batal sekiranya terkena najis cicak. Apa masalahnya?

Ustaz, ada ustaz berkata air sembahyang tidak batal sekiranya terkena najis cicak. Apa masalahnya?

Air sembahyang tak batal, basuh je lah najis cicak tu. Kita kadang-kadang salah faham antara batal dengan benda tu najis. Kita ada wuduk, kita terkena najis, kita pergi basuh najis tu, wuduk kita kekal. Bukan kalau kata batal, ertinya kita kena renew balik wuduk kita, itu batal. Kita basuh je tempat tu dan kita kena bezakan antara yang kata batal dan yang kata benda yang batal dan benda yang dianggap sebagai haram.

Contoh, saya buat contoh banyak kali. Seorang lelaki pakai sutera, apa hukumnya? Haram. Dia pakai tie sutera, hukum dia apa? Sutera betul, sutera betul. Dia pergi solat, sah tak solat dia? Sah. Walaupun pakaian dia haram, solat dia tetap sah. Ulama ada khilaf, tetapi yang sahihnya solat sah.

Contoh lain, seseorang mencuri baju di supermarket. Curi baju, lepas tu pakai sembahyang. Ada ulama yang kata sembahyang tak sah, tetapi yang sahihnya solat tetap sah. Baju itu haram, perbuatan mencuri itu haram, tetapi solat tetap sah.

Contoh lain, membeli semasa azan Jumaat. Orang azan Jumaat, dia pergi beli barang. Pembelian itu sah, tetapi perbuatan itu haram. Kalau kata tak sah, pemindahan hak milik tu tak berlaku. Ia sama nilai seperti mencuri. Pemberian itu sah, tetapi perbuatan pada waktu itu haram.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak