Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Waspada Ajaran Sesat Millah Abraham (28 Nov 2014)
Hamba Allah Tweet
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan penularan ajaran sesat yang dikenali sebagai Milah Ibrahim, yang kini aktif di Pahang. Ajaran tersebut dipercayai pecahan daripada gerakan Pemuda Hafi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar 2009.
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohamad Ghazali Abdul Aziz, mendedahkan bahawa kumpulan tersebut kini dipercayai kembali aktif dan mempunyai pengikut seramai 3,000 orang. Menurutnya, ajaran sesat ini didapati menyeleweng daripada akidah Islam dan menganggap ajaran Islam hari ini terpesong dari ajaran sebenar. Pengamal ajaran sesat ini juga menyasarkan golongan muda yang kurang pengetahuan tentang ajaran Islam, menjadikan mereka sebagai medan untuk menyampaikan dakwah ajaran sesat mereka.
“Kami sedang memberi hebahan kepada semua masyarakat melalui program jelajah akidah. Kami takut orang yang sudah terlibat tidak menyedari bahawa mereka telah terjebak dalam ajaran yang melampau. Oleh itu, langkah pertama kami adalah membendung supaya tidak ada orang yang mengikuti mereka,” kata beliau. “Kita perlu memberikan penjelasan secepat mungkin kepada masyarakat, terutama kepada anak-anak muda dan golongan berpengetahuan, kerana merekalah yang menjadi sasaran kumpulan ini.”
Beliau berkata demikian sebelum ditemui pemberita pada majlis perasmian Festival Halal Kuantan 2014 di pekarangan Majlis Negeri di Kuantan. Sehubungan itu, beliau menggesa semua masyarakat melaporkan kepada JAIP sekiranya mengetahui penularan ajaran berkenaan yang dikatakan bergerak aktif di seluruh daerah di Pahang.
Ajaran sesat Milah Ibrahim ini pada awalnya dikesan di Felda Keratong Muadzam Shah, melibatkan 13 individu. Pengikut ajaran sesat ini mengaku bukan beragama Islam kerana mendakwa Islam bukan agama yang asli. Mereka menganggap Milah Ibrahim adalah agama sebenar yang kononnya ajaran Nabi Ibrahim. Selain itu, mereka juga tidak makan daging sembelihan orang Islam.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak