Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, sila rujuk video asal untuk semakan.
Wanita Ketua Ajaran Sesat Direman 4 Hari
Hamba Allah Tweet
Ketua ajaran “Perjalanan Mimpi” yang terakhir, Sittah Anwar, telah direman selama empat hari. Tahanan ini berkuat kuasa sehingga hari Selasa ini, berikutan videonya yang tular yang dipercayai memperkenalkan ajaran sesat. Wanita berusia 39 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, yang melakukan serbuan di rumahnya di Shah Alam pada pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, menyatakan bahawa tangkapan dilakukan pada pukul 1.10 pagi. Polis juga merampas lima buah telefon bimbit pelbagai jenama, satu kad bank, serta resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan berjumlah lebih RM84,000. Selain itu, sepasang telekung berwarna putih yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat siaran langsung di Facebook turut dirampas.
Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Setakat ini, terdapat enam laporan polis yang diterima berkaitan kes ini, yang dibuat di lima balai polis berasingan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebelum ini telah mengarahkan pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakut-nakutkan, dan mengganggu ketenteraman awam, termasuk individu dari kumpulan ajaran “Perjalanan Mimpi” yang terakhir.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak