Wang Arwah untuk Wakaf Masjid
Tags: ( Untuk, Masjid, Wang, Arwah, Wakaf )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Bolehkah wang peninggalan arwah digunakan untuk wakaf masjid?

Bolehkah wang peninggalan arwah digunakan untuk wakaf masjid? Peninggalan arwah pertama perlu digunakan untuk bayar hutang dia. Kedua, bahagikan secara faraid. Jika sekiranya dia ada mewasiatkan untuk dibuat masjid, maka seperti hadis Sa’ad bin Abi Waqqas, tidak boleh lebih daripada 1/3.

Kata Sa’ad, “Fasulus, fasulus, wasulusul kasir,” kata Nabi. Maka 1/3, 1/3 tu pun dah banyak. Maka wasiat tak boleh lebih pada 1/3. Kalau seorang dia geram kat anak-anak dia, dia kata, “Depa aku demam, dah pas balik mai tengok aku sakit, depa duk berat kerja, depa duk di Kuala Lumpur, duk senang lenang. Aku mati, duit aku, kau haram sesen pun tak bagi kat depa. Semua harta aku aku wasiat buat masjid.” Bila dia wasiat macam tu, kita tak tulis ada bukti, kita tak boleh ambil semua kerana ada hak kepada waris. Kita ambil 1/3, 2/3 lagi bagi mengikut faraid.

Juga, wasiat tu tak pakai habis. Depa tak tengok pak depa, dia tak tengok pak dia, dosa dia dengan Allah Ta’ala. Tetapi hak faraid juga hak yang Allah Ta’ala bagi kat dia. Dosa ada, dosa dia dengan Allah Ta’ala. Allah Ta’ala tak lupa. Dosa hamba ni, tahulah dia nak buat apa. Tak usah duk kalut kita.

Kadang-kadang orang dia tanya ustaz, masa mak saya sakit, ayah saya sakit, saya yang jaga. Abang saya tak balik, adik saya tak balik, kakak saya tak balik. Mati-mati nak mai minta harta pusaka. Saya tak mahu bagi. Kata hang tak mahu bagi, haram. Hak mereka Quran yang bagi kat depa. Quran tak bagi syarat. Selagi mana mereka Muslim, selagi mana mereka tak bunuh pak depa, habis depa tak jaga, depa tak jaga. Dosa depa ngan Allah Ta’ala. Saya suruh hang jaga, pahala antara hang lah ngan Allah Ta’ala. Melainkan kalau hang jaga kerana nak tunggu dapat harta pusaka, tak dak pahala. Ha ha ha. Ah, tu cerita lain.

Ah, tuan-tuan, kita kena dapat membezakan masalah-masalah ni. Ah, dosa-dosa hamba dengan Allah Ta’ala. Macam kes zina kita kata juga, dia berkhalwat, kita dia dia duduk menyorok, kita nak buat macam mana? Kita tak nampak, kita tak tahu. Dosa dia dengan Allah Ta’ala. Kita tak payah duk buat benda hak Tuhan tak suruh. Kat kita jaga urusan dia. Ugama fakir, dia tafaqquh fi-din. Fakir bukan baca-baca faham-faham saja. Tak sebut fakir. Fakir ni dia dapat memahami perbezaan-perbezaan hukum.

Ini yang jadi masalah pada kebanyakan orang. Ada soalan ni, tuan-tuan?

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak