Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Nanti saya akan sebut lebih lanjut mengenai pandangan mazhab Syafie.
Hamba Allah Tweet
Waktu Zohor ialah apabila matahari beranjak, beredar dari tengah-tengah langit. Ini dipanggil gelincir matahari, dan itulah permulaan waktu Zohor. Bila bayang yang baru itu sama panjang dengan kita yang berdiri atau barang yang ditegakkan, maka bermulalah waktu Asar.
Dia menyebut, “Kanazilur rajuli katolihi malam yahdur waktul Asri,” yang bermaksud selagi mana tidak hadirnya waktu Asar, panjang bayang itu hanya sampai setakat itu. Apabila bayang lebih panjang, itu menandakan masuknya waktu Asar.
Waktu Asar pula, selagi mana matahari belum menjadi kuning, selagi itu waktu Asar masih ada. Maksudnya, apabila matahari sudah kuning, hampir jatuh, maka berhentilah solat. Ketika itu, Nabi melarang solat kerana ia adalah waktu antara dua tanduk syaitan. Jangan tunggu waktu Asar hampir masuk Maghrib; ketika matahari sudah kuning di langit, sudah tidak boleh solat lagi.
Waktu solat Maghrib pula bermula apabila matahari tenggelam. Kata Nabi, waktu Maghrib berlangsung selagi cahaya merah di langit belum hilang. Bila cahaya merah itu hilang, maka waktu Isyak pun masuk.
Waktu Isyak berlangsung hingga ke pertengahan malam, menurut mazhab Imam Ahmad dan sebahagian ulama lain. Selepas tengah malam, waktu Isyak dianggap waktu darurat. Solat pada waktu ini masih sah, tetapi tidak boleh disengajakan menunggu hingga waktu darurat itu. Nanti saya akan sebut lebih lanjut mengenai pandangan mazhab Syafie.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak