Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, sila rujuk video asal untuk semakan.
Betulkah Semua Yang Datang Dari Nabi Mulia?
Hamba Allah Tweet
Ada orang yang berkata bahawa sahabat Nabi pernah minum air kencing Nabi. Dia menyatakan, Apa yang datang daripada Nabi itu adalah mulia. Saya juga merasa keliru mengenai isu ini.
Para ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini. Satu pendapat menyatakan bahawa air kencing Nabi tidak najis. Dalam kitab-kitab, terdapat sebutan tentang keistimewaan Nabi, di mana air kencing Nabi dianggap tidak najis.
Bukan hanya air kencing Nabi, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa darah orang yang mati syahid juga tidak najis. Oleh itu, isu ini adalah khilaf yang terjadi di kalangan ulama.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak