Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, sila rujuk video asal untuk semakan.
Adakah Syiah Ini Dikira Islam?
Hamba Allah Tweet
Kita mendengar bahawa terdapat dakwaan bahawa Iran terlibat dalam pembunuhan umat Islam di Syria. Adakah golongan Syiah ini dianggap sebagai Islam? Mereka dianggap sebagai golongan yang sesat dan menyesatkan. Nampak jelas. Ketika mereka bersembahyang di Madinah dan Mekah, ada yang membawa batu untuk sujud atas batu tersebut. Ini adalah perkara-perkara yang tidak masuk akal.
Isu seperti ini telah meresap dalam masyarakat Malaysia. Ada segelintir orang yang boleh menerima amalan-amalan yang kotor. Di Iran, kita boleh membeli gambar-gambar sahabat-sahabat Nabi. Gambar Saidina Ali misalnya, boleh didapati dan dibeli secara dalam talian. Terbaru, gambar Nabi Muhammad s.a.w. juga dijual di Iran. Fahamkah anda?
Memang mereka terlibat dengan pembunuhan umat Islam di Syria, di mana 70 peratus daripada mereka adalah Sunni. Faham? Ada di kalangan mereka yang menyembah berhala, ada yang menjadi kafir, ada yang seperti Majusi, dan ada juga yang seperti Kristian.
Nampak golongan Syiah ini.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak