Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kaab ni buta bila dia tua, dan ramai sahabat juga yang bila tua menjadi buta.
Hamba Allah Tweet
Balik pada cerita Kaab. Kaab ni buta bila dia tua, dan ramai sahabat juga yang bila tua menjadi buta. Sebahagian mereka buta kerana banyak menangis mengenangkan Allah Azzawajalla. Di antara yang buta ialah Abdullah bin Omar. Ramai lagi sahabat yang buta bila tua, dan saya nak sebut di sini, tuan-tuan, apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan ujian kepada seseorang, itu bukanlah tanda Allah Taala benci pada dia.
Orang Melayu ni, mereka suka buat andaian yang bukan-bukan. Bila orang jatuh sakit, demam, mereka kata barangkali dia ada buat sesuatu yang tak kena. Kita buat andaian kerana Allah Taala apabila Dia uji orang, pertama, boleh jadi kerana dosa orang tu. Allah berkehendak untuk menghapuskannya, lalu Dia bagi satu kesakitan. Dengan sakit tu lah insan diampunkan oleh Allah pada hari kiamat kelak, dengan syarat dia bersabar dan reda.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak