Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Tujuh Dosa Besar, Pertama Syirik
Hamba Allah Tweet
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sebut bahawasanya jauh dosa besar 7 perkara yang memusnahkan. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, wamahun? Wahai Rasulullah, apa 7 tu?” Nabi kata, “Asyutkubillah,” mensyirikkan Allah. Ini adalah dosa yang paling besar, dan orang kadang-kadang rasa syirik ni takde apa-apa, zina lebih teruk daripada syirik.
Manusia yang pergi meminta pakai lebai tapi pergi minta kat kubur itu lebih teruk daripada orang yang pergi berzina, walaupun kedua-duanya adalah dosa, kerana syirik lebih besar. Kadang-kadang cuma kita kata dia ni keji kerana melakukan maksiat, kita kata ini lebih keji. Senarai benda yang Allah Subhanahuwataala tidak ampunkan: “Inallahhala yakrufi Quran yusraqabi wahai raffirul madu nazali.” Ke-5, insyaAllah, Allah tak ampun perbuatan mensyirikkannya, dan dia ampun selain daripada itu kepada sesiapa yang dikehendaki.
Maksudnya, jika seseorang mati dalam keadaan syirik, dia tidak mendapat keampunan Allah Subhanahuwataala. Tetapi seseorang yang mati dalam keadaan dosa-dosa yang lain, kemungkinan untuk dia diampunkan oleh Allah oleh sebab-sebab yang lain. Ada mungkin dia ada sedekah, mungkin ada benda lain yang Allah kesian dia, Allah ampun. Tapi kalau dia mati dalam keadaan mempersekutukan Allah Subhanahuwataala, maka tidak ada keampunan kepadanya.
Cuma kita kadangkala gagal untuk membezakan dosa ini sehingga kita menganggap bahawasanya si yang mensyirikkan Allah itu lebih ringan kesalahannya daripada orang yang membuat perkara-perkara yang syirik. Itu besar dalam agenda kita, maka kita mesti hapuskan semua amalan syirik ini. Sebab tu kita tentang tangkal-mangkal, kepercayaan bomoh tak bomoh, khurafat, karut marut, perkara-perkara yang seperti ini.
Aa, ini ada pula nak buat apa, nak pergi kubur tok wali tu, kubur tok wali ni. Sekarang ni mula timbullah gunung kubur di Singapura tu. Kononnya ramai sungguh orang datang dan kita mesti makmurkan dia. Dah ada kempen di Malaysia ni, aa banyak dah hajat yang tertunai di sana. Tambah kubur apa, syeikh manakah, Said manakah, nanti aa lagilah lebih datang. Kita kata manusia hanya memohon kepada Allah Subhanahuwataala.
Em, kalau betul nak buat operasi tangkap orang belakang pintu, lebih baik pi tangkap orang melakukan syirik di tempat-tempat amalan-amalan yang seperti tu. Pi kat Pulau Besar Melaka tu, tutup dia. Ha, itu syirik kepada Allah Subhanahuwataala. Ha, Habib Nuh Singapura, Habib Nuh, ya. Ramai terpaksa buat kutipan sedekah untuk memakmurkan makam Habib ni. Ya, saya baru balik baru ni.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak